Popular

Friday, 24 April 2020

BUTTONSCARVES X ELFIRA LOY, GAYA MUSLIMAH "MODEST"

BUTTONSCARVES X ELFIRA LOY 

SATUKAN DUA RUMPUN,

GAYA MUSLIMAH 'MODEST'

Assalamualaikum semua !! Apa khabar anda semua tika masih di bawah Perintah Kawalan Pergerakan ini? Harapnya baik-baik dan sihat belaka ye!

Hari ini Za nak kongsi sedikit dengan anda semua mengenai kolaborasi dari pengusaha tudung ButtonScarves bersama Elfira Loy, seorang pelakon yang cantik manis yang baru sahaja bergelar Ibu ini.

Sebelum itu, adakah anda mengenali atau tidak Buttonscarves? Mari Zaza ceritakan sedikit latar belakang mereka okay ?

Bermulanya pada tahun 2016, Buttonscarves memulakan perniagaan mereka secara online menerusi pelanggan setia mereka dari negara Indonesia, Malaysia dan Singapura. Sejak dari itu, ,mereka bukan sahaja menjual skarf sahaja , malah mereka mengembangkan lagi keluaran barangan seperti bag, kerongsang dan juga aksesori fashion terkini.

Pada tahun 2018, mereka telah berjaya mengembangkan bisnes mereka secara 'offline' iaitu mempunyai kedai fizikal di ' Shopping Centre' sekitar Indonesia dan Malaysia.

Dan pada masa tahun 2020 ini pula, mereka telah memperkenalkan rangkaian jenama baju mereka bernama ' Benang Jarum'. Hebat bukan perjalanan mereka? πŸ‘


Anda dah fahami sedikit sebanyak mengenai Buttonscarves ? Jom kita tengok pula keluaran kolaborasi terbaru mereka bersama artis kesayangan kita ' Elfira Loy' . Ini adalah penceritaan mengenai bagaimana terjadinya kolaborasi hebat ni diantara dua rumpun yang disatukan bersama !! Buttonscarves x Elfira Loy πŸ’—πŸ’—

Seperti kita semua ketahui, Elfira Loy pernah dikenali di Indonesia kerana pernah beberapa kali bergandingan dengan pelakon lelaki di sana. Disebabkan kerana ini, Elfira Loy telah mencipta sejarah tersendiri apabila disunting bekerjasama dengan jenama tudung popular, Buttonscarves yang berpangkalan di sana.


Artis bertudung cilik ini memiliki seramai 4.8 juta pengikut di Instagram itu telah menjadi artis Malaysia yang pertama bersatu dengan jenama dari seberang ini.

Sebagai permulaan antara Buttonscarves x Elfira Loy telah  hadir dengan sebuah koleksi istimewa yang dipanggil "The Maharani Series" yang sesuai digayakan di bulan Ramadan dan Syawal kelak.


Elfira berkata, kerjasama mereka tercetus dengan sekelip mata dan tanpa diduga. Malah ia bagai dirahmati dan dipermudahkan. Apatah lagi isteri kepada  Muhammad Faris Khairol Anuar ini asalnya memang peminat tegar jenama yang sudah empat tahun berkembang di negara jiran itu.

Koleksi itu dilancarkan di Indonesia pada hari ini (24 April) yang juga hari pertama kita meraikan Ramadan penuh mulia.


Koleksi The Maharani Series memiliki 13 warna dengan motif yang mengangkat elemen senibina di India. Koleksi ini menggunakan bahan scarf kapas voal dan satin silk yang selesa untuk dipakai.

Hasil penjualan koleksi  tudung The Maharani Series ini juga akan digunakan untuk membantu mangsa wabak covid 19 di Indonesia dan Malaysia. Bagus bukan? Bukan sahaja anda membantu perniagaan mereka , malah membantu sama menyumbang bantuan kepada yang memerlukan. πŸ‘


Dibawah adalah merupakan coretan interbiu siaran akhbar dari pihak Elfira Loy mengenai kolaborasi koleksi tudung The Maharani Series bersama Buttonscarves.  

“Pada awalnya kerjasama itu mahu dimulakan selepas musim raya. Namun tanpa diduga ia dipercepatkan. Pihak mereka merancang untuk menjalankan fotografi sebuah  koleksi tudung di Jaipur, India dalam masa singkat beberapa bulan lalu.
“Ketika itu pihak mereka memikirkan perancangan itu terlalu tergesa gesa dan akan menyusahkan saya. Namun apabila saya bersetuju, mereka tidak menyangka. Akhirnya terjadilah kerjasama koleksi The Maharani Series ini.
“Saya sejak dua ketiga tahun lalu juga sebenarnya menjadi peminat secara diam kepada jenama ini. Kalau terbang ke Jakarta, saya akan membeli skaf dan tudung jenama berkenaan kerana materialnya cukup selesa dan kemas.

“Pada masa sama, saya dapat tahu mereka juga mengintai untuk bekerjasama dengan artis Malaysia. Difahamkan ada beberapa calon lain, tapi rezeki berpihak kepada saya. Sesuai dengan nama koleksi ini, saya yakin mereka yang memakainya akan berasa seperti seorang ratu atau maharani ,” katanya.
“Buat permulaan kerjasama ini berlangsung untuk dua bulan bermula April hingga Mei.  InsyaAllah tiada aral melintang, kerjasama ini akan berpanjangan,” kata pemilik nama penuh Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri ini. 
“Dari DM, kami berlanjutan ke aplikasi WhatsApp.  Pendek kata, dari awal lagi ia berjalan dengan lancar. Saya juga anggap ini rezeki anak sulung. 

Menurut ibu kepada Muhammad Rayyan Khalaf berusia enam bulan itu, kerjasama itu bermula daripada perbualan di kotak mesej langsung (DM) di Instagram. Oh, begitu rupanya mereka berhubung sesama sendiri. Zaman sekarang senang bukan untuk berurusan? Semuanya di hujung jari anda sahaja. πŸ˜„


Apabila ditanya mengenai menyambut Ramadan dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasa kerana mahu membendung penularan wabak Covid 19, Elfira mengakui akur dengan ujian terjadi.
“Jika Ramadan tahun lalu saya menyambutnya dengan keadaan berbadan dua dan kerterbatasan itu ini, nikmat bulan penuh keberkatan itu tidak terlalu dirasai. 
“Jadi saya memang ternanti nanti Ramadan kali ini. Tapi siapa mampu menyangka kita didatangi ujian saat ini. Pasti terasa kerinduan kepada perkara yang selalu sinonim dengan bukan Ramadan seperti bazar dan solat Terawih. 
“Tak mengapa kita tak perlu bersedih sangat. Kita raikannya dengan cara bersederhana,” katanya.

Sementara itu, pihak Buttonscarves melihat kerjasama terjalin dengan Elfira cukup tepat dengan personaliti, aura dan imej bertudung dimilikinya.
“Ini juga kerjasama perdana dan sulung kami dengan artis dari negara lain. Cita cita itu sudah lama dan akhirnya berjaya direalisasikan kini. Malaysia dan Indonesia sendiri negara serumpun yang berhubungan baik. 
“Selama ini kami mencari calon yang sesuai berkolaborasi dengan Buttonscarves. Ternyata Elfira sudah menjadi seorang penggemar Buttonscarves sejak dulu. Personaliti dimilikinya juga menjadi terjemahan nuansa fesyen kami. 
“Setelah berbincang kami pun memutuskan untuk menjalinkan kerjasama  khusus di bulan Ramadan ini. Kami juga merancang untuk membuka premis jenama tudung ini di tiga pusat beli belah di Malaysia termasuk Avenue K kelak,” ungkap Linda Anggrea selaku Pengarah Kreatif Buttonscarves.

Kata Linda lagi, koleksi ini dinamakan Maharani kerana gelaran itu di India diberikan kepada pemimpin wanita.
“Dalam bahasa sanskrit India, erti nama Maharani merupakan gabungan dari kata Maha yang bererti Agung dan Rani yang dimaksudkan sebagi Ratu. “Koleksi ini diilhamkan dari istana di Jaipur, India yang merupakan destinasi terbaru Buttonscarves ketika sesi fotografi koleksi diadakan. 
“India merupakan destinasi yang masih tergolong unik dan patut diteroka keraan banyak menonjolkan keunikan seni bina, motif, dan budaya,” kata Linda lagi.

The Maharani Series boleh dibeli di laman sesawang, www.buttonscarves.com. Malah ia juga boleh dibeli di aplikasi Buttonscarves. Ketika ini pihak Buttonscarves turut memberi diskaun "free shipping"  kepada pembeli dengan pembelian RM200 ke atas. Wow berbaloi-baloi sungguh !!!

Harga jualan tudung The Maharani Series bermula dari RM125 hingga ke atas. Jangan lupa, setiap pembelian anda akan disalurkan bantuan kepada mangsa covid-19 Indonesia dan Malaysia.


Jadi lepas ini boleh lah anda semua membeli tudung khas koleksi 'The Maharani Series' untuk bergaya di hari raya aidilfitri . Kerana setiap wanita berhak untuk memiliki sesuatu yang membuat mereka tampak bergaya dan mewah setiap hari.

Disini Za ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ' Selamat Menjalankan Ibadah Berpuasa ' di Bulan Ramadan yang mulia ini. Walaupun kita masih dibawah Perintah Kawalan Pergerakan , Za doakan agar anda semua sentiasa sihat dan selamat di rumah anda masing-masing.


Terima kasih kerana sudi membaca dan duduk di rumah anda bersama keluarga tersayang. Jangan lupa untuk membeli-belah di Buttonscarves okay ?😊

Anda boleh melawati laman sosial Buttonscarves seperti dibawah :-


πŸ’» Website

πŸ†ˆ Youtube Channel

𝐅acebook 

ᛁnstagram 

Akhir kata dari Zaza untuk anda . 


All the best  Buttonscarves x Elfira Loy. Semoga sukses senantiasa hendaknya !!

Stay safe , Stay at home , Stay Healthy   !!! πŸ’“

DONT FORGET TO LIKE, SHARE, COMMENT AND SUBSCRIBE / FOLLOW πŸ‘
Be nice, Be respectful and Be responsible. 

THANKS  πŸ’•πŸ₯°

Love and rise up , 
Zazasters a.k.a MamaMonstaπŸ‘»

#buttonscarvesxelfira #buttonscarves  
#lifestylelooks #bsmaharaniseries #BSLadies
#lifestyleblogger
#collaborationreview
#malaysianlifestylebloggers
#KLblogger
#zazasters
#mamamonsterreview
#zazastersreview
#bloggerMY

#zazasters #mamamonster


Some pictures courtesy of Googles and credit pictures to the owner itself / Buttonscarves.

28 comments:

  1. Cantik warna dan corak tu. Kombinasi menarik. Wpun 1st time dengar jenama ni, tp ralit juga melihat waran2 dan desing tu 😊

    ReplyDelete
  2. Ada shawl dengan tudung bawal eh? bestnya! Aten suka yang shawl tu. Nampak elegan sangat

    ReplyDelete
  3. Warna-warna pastel yang soft macam ni sweet sangat. Sesuai nak pakai dengan banyak baju. Kalau tak pakai dengan baju raya pun tetap sesuai nak pakai bawa berjalan-jalan

    ReplyDelete
  4. Not bad fashion Elfira Loy ini. Memang nampak sweet and modest. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  5. Pertama kali tahu jenama Buttonscarves ni. Elok ambil selebriti Malaysia yang dah biasa kita ikuti macam Elfira Loy ni. Hehehe. Cantik menarik.

    ReplyDelete
  6. Nampak cantik juga design yang Elfira pakai. Sesuai je duta produk ni ye?. Nanti boleh la pergi website buttonscarves ni. Nak cari tudung untuk anak dara ni haa...

    ReplyDelete
  7. Lawa2 koleksinya..sangat sesuai memilih elfira Loy untuk berkolabrasi..
    Tq..for sharing

    ReplyDelete
  8. cantik design nya. suka sangat design yang soft yang girlish. packaging pun cantik

    ReplyDelete
  9. Warna yg ditawarkan mmg cantek sgt. Sesuai utk wanita tidakmkira peringkat usia

    ReplyDelete
  10. Cantek2 tudung dalam siri maharani. Dapat pakai raya memang meriah

    ReplyDelete
  11. Ini namanya rezeki anak. Walau pun dah hergelar ibu namun masih bnyk tawaran. Tahniah El menjadi artis pertama disunting #buttonscarves utk koleksi The Maharani yg cantik tu.

    ReplyDelete
  12. Elfira Loy pakai apa memang semua cantik. Tambah tudungnya warna-warna yang tidak membosankan. Setiap tudung mampu membuat penampilan si pemakai nampak berbeza.

    ReplyDelete
  13. Suka lah orang perempuan bila ada koleksi tudung cantik macma ni tambah bolah model artis hehehehe semua orang nak beli wakakaka ni kalau adik kita tengok mesti dia nak juga wakakakaka.

    ReplyDelete
  14. Wah Elfira keluarkan tudung jenama sendiri. Ish cantik pula corak tudung tu. Sis baru saja lepas beli tudung. Takkan nak keluar duit lagi beli tudung 🀣🀣

    ReplyDelete
  15. Suka betul dengan koleksi buttonscarves ni, sesuailah elfira gayakan tudung ni, sweet je tengok

    ReplyDelete
  16. Wajib invest utk artis terkenal if brand nak ke depan.
    Cantik. Menarik.
    Aida berkenan baju El tu :) ha ha ha...

    ReplyDelete
  17. Cantik cantik design Shawl The Maharani Series ni tambah lagi Elfira Loy yang jadi pakai..Kolaborasi yang menarik antara dua Negara :)

    ReplyDelete
  18. Ada nampak iklan ni di Instagram Elfira, cantik sangat warna lembut tu, menyerlahkan kelembutan si pemakai. Nanti boleh walk in butik Elfira di Cyberjaya.

    ReplyDelete
  19. cantik juga tu, saya peminat tudung bawal, nanti bolehlah dapatkan koleksi ni

    ReplyDelete
  20. Nampak Elfira pakai senang aje muncung depan tu terbentuk, mesti selesa dan sedap pakainya kan...color pun banyak pilihan, bolehlah tengok-tengok untuk raya ni..

    ReplyDelete
  21. This is beautiful! I don't wear all these, but they are surely beautiful!

    ReplyDelete
  22. Cantik betul koleksi The Maharani ni. Sesuai dengan EL. Tahniah EL bukan senang nak kolaborasi dengan syarikat seberang ni.

    ReplyDelete
  23. Wah.. Cantiknya Elfira kenakan tudung the maharani npk ayu

    ReplyDelete
  24. Cantik betul Elfira Loy bergaya dengan tudung ni ek, designnya pun cantikk

    ReplyDelete
  25. 13 warna! Waaaa. Tu number favourite kita. Dah lah mmg dah lama nak ke India tapi tak sampai2 lagi. Sugguh cantik! Jadikan rekaan tudung pun lawa.

    ReplyDelete
  26. lawa sangat, lembut je color dia kan.

    ReplyDelete
  27. Assalamualaikum. waaa.. bikin rambang mata laa kalau mcm ni...

    ReplyDelete

Be Nice, Be Respectful and Be Responsible. No Negative Vibes. Any Rude or Vile comments will be reported accordingly. Thank You :)

Spread Love . Stop Hatred. Live Life To The Fullest.

Popular Posts