Popular

Thursday, 15 October 2020

KENAPA ADA HARGA YANG BERBEZA UNTUK AISKRIM MALAYSIA WALHAL SAMA SAHAJA PERISA NYA?

www.zazaazman8.com
KENAPA ADA HARGA BERBEZA UNTUK AIS KRIM MALAYSIA WALHAL SAMA SAJA PERISA NYA? 


Hey Semua !! Assalamualaikum 💙


Tentu sekali kita semua tertanya-tanya kenapa ada nya perbezaan harga pada Aiskrim Malaysia padahal perisa nya semua agak sama bukan? Baiklah sebelum Za terangkan dengan lebih lanjut mengenai topik utama di atas. Jom kita mengenali dahulu pencuci mulut kegemaran rakyat Malaysia. 


Siapa saja yang tidak tahu apa itu AISKRIM MALAYSIA?! Rata2 semua rakyat Malaysia mengetahui dan menggemarinya. Aiskrim Malaysia merupakan satu produk makanan yang enak dimakan, murah dan mudah disediakan. Sejenis pencuci mulut yang sejuk beku dan berperisa dalam plastik berbentuk silinder dan mudah dimakan di mana-mana sahaja. 


Cuaca panas di Malaysia sepanjang tahun ini membolehkan ais krim sesuai dimakan sepanjang tahun. Makanan ais krim ini amat banyak dijual terutama kepada murid-murid di sekolah khususnya sekolah rendah. Tapi Za rasa sekarang ni semua peringkat umur menyukai Aiskrim Malaysia ni, kan?!


www.zazaazman8.com
photo credit : majalahpama

Teringat masa kecil dulu, pulang dari sekolah memang wajib beli Aiskrim Malaysia yang dijual di kedai bawah rumah. Dulu, perisa biasa yang Za makan cuma ada sirap bandung, asam boi, milo, oren dan sirap biasa sahaja. Harga pula hanya 20 sen hingga ke 50 sen.


Namun sekarang terdapat pelbagai perisa di pasaran, warna dan kreativiti Aiskrim Malaysia ini. Daripada perisa biasa hingga ke perisa buah-buahan, agar-agar, kacang hijau, cendol dan sebagainya. Dan harga pun boleh cecah dari 80 sen ke RM3.00. Semuanya terpulang kepada isi padu dan perisa aiskrim tersebut. 


Seperti point utama di tajuk, FLAVOUR YANG SAMA TAK SEMESTINYA GUNA BAHAN YANG SAMA. Resepi berbeza maka hasilnya pun berbeza. Sebab itulah Za nak tekankan yang masakan ini memang satu seni yang kita boleh olah dan tukar mengikut kreativiti kita sendiri. Meskipun ada 5 orang jual aiskrim malaysia perisa yang sama di tempat anda rasanya setiap satu tentu tidak sama. Masing² menggunakan resepi dan kaedah tersendiri yang berbeza.


Perbezaan nya terletak pada BAHAN, ISI PADU dan AIR TANGAN seseorang itu. 

Kita boleh tiru resepi orang tapi kita beli bahan di kedai yang berbeza pada harga berbeza. Jenama berbeza pun harga berbeza. Kadang resepi sama hasilnya tidak semestinya sama. Tangan lain² yang membuatnya.


www.zazaazman8.com
'Normal Gemok'

Begitulah juga dengan seorang peniaga Aiskrim Malaysia bernama KakSher yang Za temui di laman sosial media, ‘ Instagram ‘ ini ternyata mempunyai keistimewaan tersendiri. 


Aiskrimnya mempunyai 2 ukuran berbeza iaitu 2× 8 inci ( Normal Gemok)  dan 2 x 3 inci ( Baby Gemok ). Kenapa gemok ? sebab tengok lah ukuran nya memang besar sikit dari ukuran biasa yang kurus melidi. Baru puasssss makan kan?! 😋😋 Ye ye Za sendiri yang letak nama samaran tu... hahaha baru la korang boleh teringat terngiang-ngiang Aiskrim Malaysia KakSher 😁


www.zazaazman8.com
'Baby Gemok'

Dengan resepi yang ringkas tapi istimewa , Kaksher menggunakan air masak, gula dan perisa tersendiri bagi menyediakan bancuhan Aiskrim Malaysia. Air yang telah diberi perisa dimasukkan ke dalam plastik aiskrim sebelum dibekukan.


Sesungguhnya perisa yang dibuat oleh KakSher ini tersangat enak dan menarik perhatian ramai. Antaranya ialah :

  • Jagung
  • Choki-Choki
  • Asam Boi
  • Oreo 
  • Laici 
  • Strawberry
  • Honeydew
  • Magnum 
  • Red Velvet
www.zazaazman8.com
www.zazaazman8.com
www.zazaazman8.com
www.zazaazman8.com

Jikalau anda mahu kan rasa ais krim berjenis tenusu,boleh saja pilih Jagung, Choki-Choki, Oreo dan yang lebih ‘Premium’ rasanya, tentulah Magnum dan Red Velvet. Jujur Za katakan, Red Velvet KakSher adalah antara yang terbaik pernah Za makan. Keenakan dia sama seperti anda sedang memakan sekeping kek Red Velvet tapi versi sejuk. Magnum pula tidak kurang bandingannya, bagai kan anda makan ais krim jenama Magnum yang mahal itu tetapi dalam plastik silinder dan jauh lebih murah dan memuaskan. 

www.zazaazman8.comwww.zazaazman8.com
www.zazaazman8.comwww.zazaazman8.com

Asam Boi pula KakSher sangat tidak lokek dengan biji asam boi nya yang gemuk dan berisi itu. Memang Ooommmppphhh la makan aiskrim tersebut lagi-lagi bagi penggemar asam. Sejuk dan masam. Siapa yang akan tolak kan?! 😜


Perisa yang lain pun semua sedap-sedap belaka. Anak-anak Za suka Strawberry dan Choki-Choki. Suami Za suka Red Velvet dan Jagung. Manakala Za suka Red Velvet , Asam Boi dan Magnum. Sedap sangat dan lagi nikmat bila dinikmati bersama keluarga di hari yang panas. Fefeeling gituuuuu ~~ 😍😍

Oh ya, harga ais krim KakSher untuk ukuran ‘Normal Gemok’ adalah RM1 dan ‘Baby Gemok’ pula 40 sen TETAPI untuk perisa ‘Premium’ seperti Magnum dan Red Velvet, hanya ada ukuran untuk ‘ Normal Gemok’ sahaja dan berharga RM3 setiap satu.

Hakikatnya, ais krim yang pernah popular sekitar tahun 80 dan 90-an itu masih mempunyai penggemarnya hingga kini. Kini selain diminati oleh kanak-kanak, juga mendapat tempahan untuk mesyuarat sekolah, hari keluarga dan sebagainya.

www.zazaazman8.com

Dan untuk pengetahuan ramai, Za teramat lah kagum dengan KakSher ini yang aktif membuat sedekah pada setiap hari Jumaat untuk memberi ais krim atau apa saja pencuci mulut yang dipilih pada minggu itu untuk diberikan kepada jemaah-jemaah di masjid yang dipilih. Sesiapa saja pun boleh serta sama dalam sedekah ini. 


Buat sementara waktu ini, KakSher hanya akan menjual Aiskrim Malaysia Magnum dan Red Velvet sahaja selepas ini di atas sebab-sebab peribadi. Namun begitu, jangan lah anda semua khuatir. KakSher tetap akan buat perisa lain HANYA untuk ‘event’ sahaja dengan menyediakan perkhidmatan secara pakej.


Untuk tempahan Aiskrim Malaysia KakSher yang meletops ini, boleh hubungi melalui Instagram beliau di @by.kaksher atau @emmasherrina.

www.zazaazman8.com

www.zazaazman8.com

Jadi kesimpulannya Za nak suarakan di sini, sebelum kita nak bandingkan harga ais krim dulu dan sekarang, semak lah DUA perkara ini, BAHAN dan SAIZ aiskrim. Kalau diikutkan, harga Aiskrim Malaysia ini masih sangat-sangat mampu milik kerana dengan kreativiti zaman kini mampu menghasil kan Aiskrim Malaysia inspirasi dari makanan/minuman jenama terkemuka, dengan rasa yang hampir sama, tapi harganya 4-5 kali ganda lagi murah! 


Zaman sekarang Kek Red Velvet pun boleh jadi aiskrim. Takkanlah harga 50 sen kan? Mahu citarasa baru tapi harga lama,  agak-agak ler temannnn oii 😕😏

www.zazaazman8.com

Marilah kita sokong usahawan-usahawan Aiskrim Malaysia kita yang kreatif, ikhlas dalam pembuatan aiskrim yang enak dan penuh rasa yang mewah ini tanpa prejudis, ketahui lah majoriti cuma ambil untung sikit saja. Janganlah kita berkira sangat dengan hasil dan titik peluh lelah mereka tau !!


Ingat tau ! Sokong lah peniaga lokal anda lagi-lagi di musim Covid-19 ini. Bantu mereka untuk terus menjana pendapatan demi keluarga mereka pada waktu terkesannya ekonomi tika kita semua terpaksa menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kita jaga kita ! 


Okaylah. Semoga korang tetap menjaga kesihatan dan kebersihan diri okay. Jaga jarak dan sentiasa amalkan kebersihan setiap waktu. Marilah kita sama-sama tangani Covid-19 ini sehingga tiada lagi kes. 


Jaga diri semua, duduk rumah dan jangan lupa menikmati Aiskrim Malaysia dari KakSher !!💓😍

www.zazaazman8.com

www.zazaazman8.com
Anak2 pun menyukai aiskrim malaysia Kaksher

Terima kasih kerana sudi membaca coretan dan reviu Zaza kali ini. Harap anda berpuas hati dengan penulisan Za. Assalamualaikum dan Selamat Tinggal. Jumpa lagi daun keladi, ada jodoh jumpa lagi…. Ah giiiitttewwww 😜😍


THANKS   💓🥰
Love and rise up , 

DONT FORGET TO LIKE, SHARE, COMMENT AND SUBSCRIBE / FOLLOW 👍

 Be nice, Be respectful and Be responsible.
Zazasters a.k.a MamaMonsta👻


#aiskrimmalaysia #aiskrimmalaysiabykaksher #kaksher #malaysiandessert #pencucimulut #malaysianfoodbloggers #foodbloggermalaysia  #foodieatlarge #zfoodieatlarge #mamamonstareview #zazastersreview #welovetoeat #malaysianlifestylebloggers #stayathome #supportlocalbusiness #staysafe #supportlokal

photo credit : zazaazman , kaksher and majalah pa&ma. 

10 comments:

  1. Ya Rabbi besaunyaaa aiskrim, gebu montok..mana dapat 20sen tu kalau beso gitu..
    Adik Sis pun penjual aiskrim Malaysia gini, paling laku keras yang choc milo tu..siap tempahan majlis kawin...dapnyaa kalau dapat asam boi..

    ReplyDelete
  2. besornya aiskrim tu..gemok2. rindunya nak makan aiskrim malaysia..mmg hrga tak macam dlu..dulu beli 20 sen je.haha

    ReplyDelete
  3. betul3x..dulu murah je aiskrim malaysia ni sekarang harga boleh tahan sesuai dengan perisa yg pelbagai. kreatif sebenarnya orang yg buat aiskrim malaysia ni :)

    ReplyDelete
  4. Dulu kan, kami berniaga aiskrim Malaysia ni. Memang rumit. Tapi macam biasa orang nak murah. Tapi mengarut la nak bagi murah kalau aiskrim kami ada pulut hitam, kacang hijau, asam boi sebiji, jagung ada isi dan lain-lain. Mak Ruby suka buat aiskrim jenis ada sesuatu utk dikunyah. Hehehe. Renyah juga nak buat. Air kena masak bebetul. Kacau bahan atas api pun kena selalu. Sebab nanti bila jd aiskrim, baru la tekstur ais tu bg impak kepada rasa aiskrim kita buat. Dulu punya bisnes, kini tiada lg. Semua anak mak dah kawen. Takda assistant. Haha. Rindunya moment tu. Sekarang ni jarang jumpa org jual ais krim Malaysia. Kat wedding je ada. Nanti nk order Red Velvet Kak Sher tu. Cantik betul aiskrim tu.

    ReplyDelete
  5. LH pernah berniaga aiskrim malaysia ni. Tapi kena pandai lah olah bahan untuk dapatkan rasa yang sama dan harga yang murah. Berniaga ni kan soal kreativiti

    ReplyDelete
  6. kos bahan nak buat setiap flavor tu tak semestinya sama lagi2 kalau ada yang buat perisa nutella hahaha

    ReplyDelete
  7. wow these ice cream popsicles look so big and you're right, even the quality looks so much better!

    ReplyDelete
  8. Betul lain daripada yang lain ni.. Betul2 premium sebab tak pernah try lagi Aiskrim Malaysia perisa Magnum dan Red Velvet.. Worth trying ni.. :)

    ReplyDelete
  9. mengancam sungguh aiskrim Malaysia dia. montok2. Sesuai La kan harga dan perisa serta kuantiti

    ReplyDelete
  10. Menarik aiskrim red velvet. Tak pernah try lagi. Kalau ikut favorite memang aiskrim asam boi. Tapi ye la kan mana nak dapat dah harga camtu kecuali kat kampung kot.

    ReplyDelete

Be Nice, Be Respectful and Be Responsible. No Negative Vibes. Any Rude or Vile comments will be reported accordingly. Thank You :)

Spread Love . Stop Hatred. Live Life To The Fullest.

Popular Posts