McDonalds Malaysia Banting

McDonald’s Malaysia Membayar Zakat Perniagaan RM600 Ribu kepada Lembaga Zakat Selangor

Serta Memberi Sumbangan Walah Agihan Zakat Kepada Mangsa Banjir 

Assalamualaikum semua 💖


Sekali lagi saya dengan berbesar hati menghadiri dan menyaksikan peristiwa bersejarah bersama McDonald’s Malaysia pada 28 Mac 2022 di McDonald’s Banting sempena hari penyerahan mock-cek McDonald’s Malaysia berjumlah RM600 Ribu kepada Lembaga Zakat Selangor dengan niat membayar sebagai Zakat Perniagaan mereka untuk tahun 2022. Ia merupakan jumlah tertinggi untuk Zakat Perniagaan McDonald’s Malaysia pada tahun 2022 untuk seluruh negeri Selangor.

McDonalds Malaysia Banting
McDonald’s Malaysia menyerahkan zakat perniagaan tahun 2021 berjumlah RM600 Ribu kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS), jumlah yang tertinggi sejak McDonald’s mula membayar zakat kepada LZS. Sehingga tahun 2021, McDonald’s Malaysia telah membayar zakat perniagaan sebanyak RM9.85 juta untuk negeri-negeri di seluruh Malaysia.

Pada mereka yang tidak mengetahui mengapakah ada nya penyerahan Zakat? Jom za terangkan mengenai Zakat Fitrah. 


Apakah Maksud Zakat? 

Zakat adalah Fardhu Ain ke atas setiap orang Islam yang memenuhi segala syarat-syarat wajib. Ia merupakan salah satu daripada rukun Islam yang kelima.


Dari Segi Syarak, Zakat adalah mengeluarkan harta tertentu dengan kadar tertentu mengikut syarat-syarat tertentu untuk diagihkan kepada golongan tertentu. 


Merujuk kepada surah dibawah. 


Surah At-Taubah (ayat 103)

“Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah, supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk), dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka, dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui.”


Surah An-Nur (ayat 56)

“Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat”


McDonalds Malaysia Banting

Dengan itu, McDonald’s Malaysia hari ini telah membayar zakat perniagaan nya bagi tahun 2022 ini yang juga merupakan jumlah tertinggi yang telah dibayar kepada Lembaga Zakat Selangor semenjak McDonald’s Malaysia mula membayar zakat perniagaan enam tahun lalu dari waktu syarikat itu telah diambil alih oleh Lionhorn Pte. Ltd., sebuah anak syarikat Kumpulan Reza dari Arab Saudi pada 1 Disember 2016. Dengan pengambilalihan ini, syarikat khidmat segera itu kini dimiliki oleh pemegang saham atau pelabur yang majoritinya terdiri daripada umat Islam.


McDonalds Malaysia Banting
McDonalds Malaysia Banting

Selain daripada bayaran zakat, McDonald’s Malaysia juga telah menyerahkan sumbangan wakalah agihan zakat bernilai RM500 dalam bentuk wang tunai dan baucar kepada 50 buah keluarga terpilih yang terjejas banjir pada penghujung tahun lepas bagi membantu mereka untuk bangkit semula dan memulakan kehidupan yang lebih selesa. 


Majlis pembayaran zakat perniagaan ini telah dihadiri oleh YBhg. Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor, Sahibus Samahah Dato’ Dr. Haji Anhar Bin Haji Opir, yang menyaksikan sumbangan zakat perniagaan McDonald’s Malaysia oleh Encik Azhar Darbi, Naib Presiden Sumber Manusia dan Pengerusi Jawatankuasa Halal Dalaman, McDonald’s Malaysia, kepada Encik Mohd Sabirin bin Mohd Sarbini, Ketua Divisyen Operasi Agihan, Lembaga Zakat Selangor.

McDonalds Malaysia Banting

“LZS amat mengharapkan sumbangan berterusan daripada syarikat korporat di luar sana seperti McDonald’s Malaysia demi menyantuni kelangsungan asnaf di Selangor. Lebih-lebih lagi jumlah keluarga asnaf fakir dan miskin dijangka meningkat kesan daripada situasi ekonomi sekarang. Ini bermakna keperluan agihan zakat juga akan turut meningkat seiring dengan pertambahan asnaf di Selangor,” kata Encik Muhd Fikri Naim bin Harun, Ketua Divisyen Kutipan, Lembaga Zakat Selangor.


Setakat tahun 2021, McDonald’s Malaysia telah membayar zakat perniagaan sebanyak RM9.85 juta untuk negeri-negeri di seluruh Malaysia. McDonald’s Malaysia juga merupakan antara pembayar zakat perniagaan tertinggi bagi negeri Selangor.


McDonalds Malaysia Banting

“Menyumbang kembali kepada masyarakat yang memerlukan adalah nilai teras McDonald’s Malaysia, sama ada melalui program tanggungjawab sosial korporat mahupun melalui sumbangan zakat. Oleh itu, sumbangan kami pada hari ini amat bermakna di mana kami mampu menyumbang zakat sebanyak RM600 ribu bagi membantu komuniti yang amat memerlukannya, khususnya golongan yang terjejas akibat banjir di daerah Banting, Selangor,” kata Encik Azhar Darbi, Naib Presiden Sumber Manusia dan Pengerusi Jawatankuasa Halal Dalaman, McDonald’s Malaysia.


Selain membayar zakat, McDonald's Malaysia juga bekerjasama rapat dengan Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) untuk terus mendukung komitmen Halalnya kepada para pengguna dalam semua aspek perniagaan. McDonald’s Malaysia juga terlibat secara aktif dalam pelbagai program Halal termasuk Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS), HALFEST dan World Halal Conference.


McDonalds Malaysia Banting
McDonald’s Malaysia juga telah menyerahkan sumbangan wakalah agihan zakat bernilai RM500 dalam bentuk wang tunai dan baucar kepada setiap keluarga yang terjejas banjir pada penghujung tahun lepas.

Bidang sedekah sangat luas, ia bukan tertentu kepada suatu perkara atau perbuatan sahaja tetapi apa sahaja perbuatan baik adalah dikira sedekah. Akhlak ini sangat mulia dan disanjung tinggi kerana orang yang menerima pemberian sedekah ini merasai diri mereka dihargai dan dibela oleh masyarakat. 



Alhamdulillah. Terima kasih McDonald's Malaysia kerana telah berjaya menyumbangkan pelbagai kebaikan kepada semua rakyat Malaysia tak kira agama dan bangsa. Saya teramat bersyukur kerana dapat menghadiri majlis yang sangat bermakna ini. Semoga McDonald's Malaysia terus maju dan terus lagi membantu golongan yang tidak berkemampuan di masa hadapan. 


Terima kasih sekali lagi saya ucapkan. 💛



  Well, that's all for now! Thanks for reading my blog !! I hope you've enjoyed it!

Have a wonderful day and always be happy!! 

THANKS FOR BEING A PART OF MY READERS  💕🥰
DON'T FORGET TO LIKE, SHARE, COMMENT AND SUBSCRIBE / FOLLOW 👍
 Be nice, Be respectful and Be responsible.

ZazaAzman a.k.a MamaMonsta👻
#McDonaldsMalaysia #McDonaldsBanting #McDonaldsSelangor #LembagaZakatSelangor #ZakatPerniagaan #SumbanganBanjirAsnaf