Bahan kisar segar KISARHOUSE review

KISARHOUSE
Kisar Sampai Jadi !!


Assalamualaikum hai korang 💙

Siapa setuju dengan Za kalau kita ni sebolehnya, waktu nak memasak tu nak cepat siap?! Kalau boleh nak bahan-bahan dah siap potong atau kisar awal-awal dah. Tak payah susah payah nak kupas, basuh, potong/kisar? Boleh pakai terus campak dalam kuali, senang keje menumis? Banyak sikit masa untuk kita rehat atau buat kerja lain pula kan?

Haaa ni nak bagitau korang satu RAHSIA yang membuat kerja memasak Za mudah di dapur!

Taraaaaa!! Za pakai bahan kisar dari KISARHOUSE

Bahan kisar segar KISARHOUSE review

Serius menyenangkan hidup betul! Haha Kalau korang nak tahu, Za ni sejenis pemalas nak masak. Kalau masak pun sebab terpaksa je..hahah teruk kannnn? Kesian anak-anak tau! Tapi itu la hakikatnya, mama nya pemalas nak masak. Bukan tak reti masak, PEMALAS je .. Dua benda berbeza okay!

Sejak ada 
KISARHOUSE ni. Senang betul hidup sebab dah siap bahan asas memasak. Takde nak memotong bawang pedih mata semua.. Leceh.. tahu tak leceh? Ya Allah dengan nak membasuh kalau pakai pengisar, pinggan mangkuk semua. Ni menulis cakap pasal memasak mengemas pun dah rasa malas.. Tapi alhamdulillah bila dah ada penolong 'instant' kat dapur ni, senang sikit la kerja kat dapur.

SIAPA KISARHOUSE?

Bahan kisar segar KISARHOUSE review

KISARHOUSE merupakan  produk lokal dan pemilik bumiputera.  Mereka baru beroperasi lebih kurang 2 bulan yang lalu. Tercetus idea nya apabila mulanya PKP dan mereka terfikir untuk membuat bahan kisar kasar/halus  untuk memudahkan kerja ibu-ibu didapur yang sibuk bekerja, dgn anak-anak PDPR lagi.  

Dan yang pastinya dijamin HALAL dari segi kebersihan. InsyaAllah.  

Okay meh la Za cerita kenapa Za pilih KISARHOUSE untuk bahan-bahan kisar yang lain ada di pasaran.

Bahan kisar segar KISARHOUSE review

SEGAR DAN TIADA BAHAN TAMBAHAN

Semua bahan mentah digunakan adalah segar, dibasuh bersih sebelum kisar, dan bahan-bahan dikisar halus untuk memudahkan kerja memasak. 

Bawang merah, bawang putih dan halia adalah 100% bahan sebenar.  Tiada tambahan air, pengawet, perasa, mahupun pewarna. Jika nampak air didalam botol, ianya adalah dari air bahan itu sendiri manakala hanya cili kering kisar sahaja yang ditambah sedikit air untuk dibuat 'paste'

4 BAHAN ASAS MASAK

Bahan kisar segar KISARHOUSE reviewBahan kisar segar KISARHOUSE review

Terdapat 4 produk bahan kisar iaitu Bawang Merah Besar ( Red Onion ) , Bawang Putih ( Garlic ), Halia ( Ginger ) dan Cili Kering ( Dried Chilli ).

**Untuk Cili Kering Kisar, korang boleh buat pilihan untuk cili yang pedas dan tidak pedas.


JIMAT DUIT DAN MASA

Harga berpatutan dan jimat kos dan masa. Tak perlu lagi beli bahan-bahan asas banyak-banyak. Nak simpan lama-lama, takut busuk. Dah membazir pula,. Kalau beli untuk buat kisar sendiri, nak kena kopek sendiri, basuh, potong lah.. Kalau cili kering, nak kena rendam dulu. Leceh kan? Guna je lah produk dari KISARHOUSE ni, semua dah siap! Tunggu nak guna masak je!

DISIMPAN DALAM BOTOL

Bahan kisar segar KISARHOUSE review

Bahan-bahan yang dah dikisar pula disimpan dalam bekas botol yang kedap udara untuk memastikan kesegaran dan juga kebersihan bahan-bahan terjamin. Kalau s
elalu nya samaada kita beli yang dah siap kisar di pasar pun, pasti di bungkus dalam plastik kan? Kalau nak bersih dan tahan lama, korang kena cari juga bekas sendiri nak simpan. 

Kalau pakai plastik tu juga, kadang-kadang bocor, tak diikat betul lah, tahu-tahu bahan tu tertumpah, tak pun basi.  Kalau terdedah pula, mengundang bakteria. Ishhh jangan cari penyakit tau?!  

Bahan kisar segar KISARHOUSE review
Bahan kisar segar KISARHOUSE review

BERAPAKAH HARGA PRODUK KISARHOUSE?

Bawang Besar Kisar  - 500gram - RM 12.90
Bawang Putih Kisar - 300gram - RM 10.90
Halia Kisar - 300gram - RM 12.90
Cili Kering Kisar - 500gram - RM 12.90 

Di sarankan bagi setiap penggunaan , sudu digunakan bersih, kering dan secara berasingan untuk mengelakkan kontaminasi bahan-bahan tersebut dari bakteria dan juga ingin menghindarkan dari produk menjadi cepat basi dan busuk. 

Setiap produk boleh disimpan sejuk beku (Frozen) selama 6 bulan dan untuk sejuk biasa (Fridge) selama 2 minggu.  

Bahan kisar segar KISARHOUSE review
Bahan kisar segar KISARHOUSE review
Bahan kisar segar KISARHOUSE review
Bahan kisar segar KISARHOUSE review

Buat masa ini, KISARHOUSE  hanya cover area Selangor dan pos dalam Selangor dan Kuala Lumpur sahaja!!

Dan kalau ada yang berminat untuk menjadi ejen untuk KISARHOUSE , yang tinggal di sekitar Selangor teramat dialu-alukan!! Yuran serendah Rm166 sahaja, KISARHOUSE akan beri gambar, testimoni, copywriting untuk ejen dan keuntungan 1 botol diberi 15% untuk setiap jualan. 

KESIMPULANNYA!!!

Bahan kisar segar KISARHOUSE review

Za sukaaaaa betul  bila Za dah guna bahan kisar dari KISARHOUSE ni, masa untuk memasak lebih cepat dan mudah. Dapat lah luang lebih masa untuk diri sendiri dan anak-anak. Dan rasa masakan pun rasa lebih enak bila guna bahan kisar segar dari KISARHOUSE nih tau. Tak tipuuuu.. Tipu dosaaaa! 😆😆

Haaa korang tunggu apa lagi tu? Jom la menjimatkan masa memasak korang tu dengan memiliki bahan-bahan asas kisar dari KISARHOUSE . Memang sangat sarankan untuk sesiapa yang bekerja atau surirumah yang ingin memudahkan tugasan memasak didapur. 

Untuk membuat belian atau inginkan info lebih, korang boleh layari laman rasmi KISARHOUSE 

Facebook : 
KISARHOUSE 
Instagram :  KISARHOUSE 
WhatsApp : ORDER SINI

Bahan kisar segar KISARHOUSE review

KISARHOUSE 
Masak lebih mudah dengan Kisarhouse!

* Disclaimer : Cili Boh yang ada dalam gambar za tu sticker lama, ianya di ganti dengan cili kering tidak pedas!


 Well, that's all for now! Thanks for reading my blog !! I hope you've enjoyed it!

Have a wonderful day and always be happy!! 

THANKS FOR BEING A PART OF MY READERS  💕🥰

Love and rise up, 

DON'T FORGET TO LIKE, SHARE, COMMENT AND SUBSCRIBE / FOLLOW 👍

 Be nice, Be respectful and Be responsible.

Zazasters a.k.a MamaMonsta👻
#kisarhousehq #kisarhouse #bahankisarinstant #bahanmasak #masak #cepatmasaktapisedap #bahanmasak #malaysianlifestylebloggers #foodbloggerKL #welovetoeat #halalfood #KLblogger #foodbloggermalaysia #zazaazman8 #iuseishare #cookingtogether #homemade #cookingathome #productreviewer #getinfluencewithzazaazman #mamamonstareview #zazastersreview #ieatishare #zazagluttony