safi shayla hair fall control review

Assalamualaikum semua 💙

Korang ada masalah keguguran rambut tak? Rasa nya 8 daripada 10 orang yang memakai tudung lebih mudah menghadapi masalah keguguran rambut kan?

Sejujurnya, bila kita memakai Hijab sepanjang hari boleh menyebabkan rambut mudah gugur kerana ia berkaitan dengan geseran yang berlaku antara tudung dan rambut kita, atau cara kita menggayakan rambut di bawah tudung juga. Terus terang za cakap, za pun hadapi masalah keguguran rambut dan makin hari makin merisaukan bila tengok rambut yang banyak gugur ketika mandi atau sikat rambut. 

safi shayla hair fall control review

Sebenarnya kan, walaupun kita menutup rambut kita hampir sepanjang hari, kesihatan rambut kita tetap penting untuk kita menjaganya dengan betul. Ramai pemakai hijab mengalami rambut keriting atau berminyak dan juga keguguran rambut akibat memakai hijab dengan cara salah, yang merupakan perkara yang jelas ingin dielakkan. 

Masalah ini berpunca daripada penggunaan anak tudung tidak bersih/kotor atau pun kain anak tudung yang tidak serap peluh untuk menutup rambut, ikatan rambut yang tidak betul, rutin penjagaan rambut yang tidak baik dan penggunaan produk yang tidak semulajadi atau berkesan. Jadi, kunci untuk rambut yang kelihatan subur, inilah cara menjaga rambut anda jika anda memakai tudung.

TIPS MENJAGA KESIHATAN RAMBUT

safi shayla hair fall control review

🠊Dengan mengikat rambut anda sepanjang hari, kulit kepala korang tidak dapat bernafas dan telah menyekat pertumbuhan rambut yang sihat. Ini menghalang kulit kepala anda daripada mendapat nutrien, kelembapan dan oksigen yang diperlukan. 

🠊Adalah penting untuk membiarkan rambut dan kulit kepala bernafas pada waktu malam. Jangan ikat rambut korang masa tidur okay!

🠊Luangkan masa untuk mengurut kulit kepala korang dengan lembut pada waktu malam, ini dapat membantu merangsang peredaran darah untuk meningkatkan pertumbuhan rambut.

🠊Korang boleh menggunakan minyak rambut untuk menyuburkan kulit kepala korang tapi untuk yang jenis kulit kepala berminyak, tidak disarankan kecuali korang buat hair mask. Balut kepala untuk 30 minit dan bilas rambut sebelum masuk tidur. 

🠊Mempunyai rutin penjagaan rambut yang betul adalah penting. Ini dibantu dengan mengetahui jenis rambut anda dan membeli produk yang betul.

Memastikan anda mempunyai kulit kepala yang sihat adalah cara terbaik untuk menjamin rambut yang sihat.  

Jadi produk apa yang sesuai di pasaran sekarang yang dapat mengatasi masalah keguguran rambut dengan berkesan tetapi harga mampu milik seperti Salun? 

Haaa meh za kongsi dengan korang satu rahsia za dapat jumpa! Boleh beli kat mana-mana kedai Watsons, Guardians atau farmasi berdekatan je tau!! 

safi shayla hair fall control review

Safi Shayla Hair Fall Control, dengan warna jingga dan hitam bergaya ni, ternyata berkesan!

Sejak Za dah guna Safi Shayla Hair Fall Control. Masalah rambut keguguran dah berkurangan dan rambut pun nampak lebih sihat. Tak kering atau cepat rapuh. Bukan sahaja rambut za rasa lebih lebat dan sihat. Bau rambut juga wangi sepanjang hari walaupun selepas seharian melakukan aktiviti berpeluh. Sampai suami pun tegur pakai perfume apa 😆

Safi Shayla Hair Fall Control dinaik taraf dengan Teknologi Biotik Kulit Kepala Hijab BARU?!

safi shayla hair fall control review

Korang tahu tak yang rangkaian Safi Shayla Hair Fall Control ni telah dinaik taraf dengan Teknologi Biotik Kulit Kepala Hijab BARU, dirumus khas untuk kulit kepala si pemakai Hijab untuk mengimbangi semula mikrobiom kulit kepala dengan formula probiotik? Ia juga dipertingkatkan dengan nutrien daripada Kompleks 7 Habbatus Sauda yang baru dinaik taraf! 

Korang kena cuba keseluruhan rangkaian  Safi Shayla Hair Fall Control yang didatangkan dengan Syampu, Masker Kulit Kepala, Tonik Rambut, Serum Rambut & Hair Mist!

safi shayla hair fall control review
  1. Syampukini dengan teknologi Hijab Scalp Biotics untuk membersih & menguatkan struktur rambut dengan wangian sehingga 72 jam. Memang wangi rambut tau!
  2. Masker Kulit Kepala (Refreshing Scalp Mask) - bertindak untuk menjaga kulit kepala, mengurangkan sebum, menguatkan folikel rambut & mengurangkan bau kepala.
  3. Tonik Rambut (Hair Tonic)  - diformulasikan dengan teknologi 'Hijab Scalp Biotics' , Ginseng Merah Korea & Niacinamide, menguatkan folikel rambut dari akar rambut, mengurangkan rambut gugur dan 4.6X rambut menjadi lebih lebat
  4. Serum Rambutmembaiki dan menguatkan rambut rapuh dengan menembusi ke dalam struktur rambut.
  5.  Hair Mistperlindungan tambahan untuk rambut, mengekalkan nutrien untuk rambut yang lebih kuat sambil menghilangkan bau busuk untuk kesegaran tudung yang tahan lama
safi shayla hair fall control review

Ia terbukti meningkatkan 73% Rambut Lebih Kuat dari Akar, 57% Kurang Rambut Gugur Dari Akar Rambut dan 4.6X Lebih Banyak Rambut Baru yang tumbuh.

Faedah lain menggunakan  Safi Shayla Hair Fall Control

• Kulit kepala rasa sejuk dan berangin
• melegakan kulit kepala
• cepat kering
• tidak berminyak
• bau bunga yang menyegarkan

safi shayla hair fall control review

Haaa bestkan rangkaian penjagaan rambut dari Safi Shayla Hair Fall Control ni? Jom lah cuba, Za memang sarankan sangat korang pakai! Memang tidak dinafikan barang produk dari SAFI ni semua nya bagus2, berkesan dan harga tersangat lah mampu milik!!

Korang boleh baca semua review Za mengenai semua rangkai SAFI yang Za dah cuba!

Korang boleh dapatkan rangkaian Safi Shayla Hair Fall Control secara eksklusif di Watsons & Guardian berhampiran korang! Cubalah sekarang dan miliki rambut yang cantik, sihat dan lebat dengan Safi Shayla Hair Fall Control! Pasti TAK MENYESAL!!

Dan kalau tahu lebih detail tentang produk SAFI? Follow 👇🏻
Instagram - @safimalaysia
Facebook - @SAFI.My
Twitter - @SAFImalaysia
Youtube – SAFI Malaysia

  Well, that's all for now! Thanks for reading my blog !! I hope you've enjoyed it!

Have a wonderful day and always be happy!! 

THANKS FOR BEING A PART OF MY READERS  💕🥰
DON'T FORGET TO LIKE, SHARE, COMMENT AND SUBSCRIBE / FOLLOW 👍
 Be nice, Be respectful and Be responsible.

ZazaAzman a.k.a MamaMonsta👻

#hairtok #haircare #hairtips #Shaylatonik #rambutgugur  #safimalaysia #SafiShaylaHairFallControl