Popular

Monday, 13 April 2020

RESIPI AYAM MASAK KURMA


Hey semua 😉


Harini kita masak ayam kurma untuk makan malam . My simple but hearty food always. 💕

Disebabkan tiada ubi kentang di rumah , za selitkan juga untuk korang masak tau. Za guna 'carrot' saja.

Resipi ini untuk 5-6 orang. Terpulang kepada individu. Kalau nak masak utk 2-3 orang boleh kurangkan kuantiti nya ye. Adjust sendiri sikit. 

Bahan bahan:
1 ekor ayam
5 ulas bawang merah - hiris
4 ulas bawang putih - hiris
1 biji bawang besar - belah 4 
2 biji ubi kentang ( besar )
2 ketul karot - potong bentuk jejari atau bulat ( terpulang )

2  biji buah tomato - belah 4 ( Ni terpulang nak letak ke tak ye. Za suka sebab ada rasa masam2 manis sikit) 
3 sudu besar rempah kurma
1 kotak santan kotak Ayam Brand 
Air ( terpulang kepada kepekatan yang anda mahu) 
Garam
Gula ( za suka pakai gula melaka , rasa lebih enak )
Asam keping
1 sudu kecil kerisik ( terpulang , ada yang tak letak ) 

Rempah untuk ditumis - bunga lawang, kayu manis, buah pelaga


Bahan kisar :
4 ulas bawang merah
1 inci halia
2 ulas bawang putih 

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis rempah penumis dan bawang merah serta bawang putih yang dihiris sehingga kekuningan.

'

Masukkan bawang merah dan halia yang dikisar. Kacau rata sehingga wangi. Masukkan rempah kurma. Kacau rata. Tumis sehingga rempah kurma terbit minyak dan naik bau wangi. 

'

Masukkan ayam, bawang besar dan ubi kentang. Kacau rata dan biarkan sehingga ayam kecut dan naik minyak.

Masukkan santan dan air secukupnya. Kacau rata dan biarkan masak sehingga kuah pecah minyak.

'

Masukkan garam, gula, kerisik dan asam keping.


Akhir sekali, masukkan buah tomato. Setelah kuah naik minyak cantik, bolehlah ditutup api.


Siap, hidang dan makan. Za suka makan bersama telur dadar dan sedikit kicap manis digaul dengan kuah kurma. Lagii ummmmppphh rasa dia 😋😋💕 

Selamat mencuba ye 👍😌


P/S : Sorry gambar tak semegah . Haha Lupa nak ambil gambar masa prepare tadi. Dah lapar sangat 😂

Kenapa za suka pakai santan Ayam Brand
Semua produk Ayam Brand™ dijamin tiada pengawet, tanpa tambahan MSG dan tanpa lemak trans.
Santan dan Krim Kelapa Ayam Brand™ adalah disijilkan Halal JAKIM

Stay safe , Stay at home and have FUN COOKING !!! 💓

DONT FORGET TO LIKE, SHARE, COMMENT AND SUBSCRIBE / FOLLOW 👍

Be nice, Be respectful and Be responsible. 

THANKS 💕🥰

Love and regards, 










Zazasters a.k.a MamaMonster👻

22 comments:

  1. menarik nampak hasil masakan zaza, anak-anak memang suka masakan macam ni, tambah kicap, laju je diorg makan

    ReplyDelete
  2. Lama sangatlah rumah ni tak masak kurma, anak-anak tak berapa suka..tapi nanti nak request gak laa kat anak-anak, nak masak kurma daging, sedapnyaaaa

    ReplyDelete
  3. suka masak kurma ni. musim pkp ni dah 2 kali buat kurma ayam hehe

    ReplyDelete
  4. sedapnya ayam masak kurma. nasib baik ada lagi ayam dlm peti ais, boleh la BBL try masak ayam kurma. mohon cuba ye

    ReplyDelete
  5. Ha tudia...ayam masak kurma yang sis belum masak masa PKP ni. Dah jenuh masak pulak time ni. Kekadang sis buntu nak masak apa.

    ReplyDelete
  6. Kenapa gambar nya error sis. Btw mommy kalau masak kurma ni selalu rasa mcm tak jadi. Tapi suami rasa dia cakap okey je. Mommy yang tak puas hati

    ReplyDelete
  7. tengok gambar je pun dah tahu mesti sedap. campur ayam brand lagi. sure sedap. terima kasih kongsi resepi. macam senang nak follow ni ;)

    ReplyDelete
  8. Dah lama jugak tak masak Kurma Ayam tu. Anak dara suka makan kari ayam dan juga kurma ayam ini. Nanti bolehlah buat.

    ReplyDelete
  9. Ni lauk favorite husband ngn anak2 ni..kalau dapat makan ngn nasi minyak lagi sedap, tak cukup sepinggan nasi. Simple tapi sedap kan?

    ReplyDelete
  10. This is so yummy! I am so going to ask my daddy to cook this! After that I will tag you.

    ReplyDelete
  11. kalau menu ayam kurma, teringat pula zaman duduk asrama dulu, time bulan puasa mesti ada menu ni. rindunyaaa

    ReplyDelete
  12. Memang dah plan nak buat ayam kurma. Dah lama sgt tak buat sendiri masak kurma. Ayam rempah semua ada tu. Pakai santan Ayam Brand lagi.

    ReplyDelete
  13. Tak pernh lagi pakai santan
    Ayam brand. Masak kurma ayam memang sedp. Nad pun suka. Letak kentang.. Aumm. .Berselra makan. Menambah nasi

    ReplyDelete
  14. saya pun guna santan ayam brand, tapi saya fail lah masak kurma. selalu lari je rasanya. nak try lah resipi yang ni.

    ReplyDelete
  15. anak2 saya suka menu ni, insyaAllah nanti saya cuba resepi macam ni

    ReplyDelete
  16. zaza, gambar semua aida tak dpt view. failed.
    oh pakai santan ayam brand ekk. aida prefer m&s. sebab sukar nak dpt ayam brand kat sini.
    so dah terbiasa dgn m&s.
    tapi tahu yg ayam brand ni sure sedap terbaik.
    byk produk ayam brand kat dapur rumah aida ni. sardin, jagung manis, baked beans, kiub nenas...
    trusted brand, kan.

    ReplyDelete
  17. Kat umah..mng xmasak ayam kurma sbb dorang kat umah xbrp gemar sgt.. nti nak traylah masak

    ReplyDelete
  18. Antara hidangan fav famili. Nak sediakan pun tak renyah

    ReplyDelete
  19. Ayam masak kurma ni boleh layann dengan nasi beriyani or nasi minyak... asalkan ada rempah dia lah kan... dan bahan2 dia yg sesuai. Saya kalau ada ayam & kentang, buat ayam kurma ni jugak hehe

    ReplyDelete
  20. one of my favourite meal time kt asrama dulu. heee

    ReplyDelete
  21. Rassnya masakan ayam kurma Zaza sama macam kak buat cuma bezanya kak letak susu cair yg dicampur linau jd mcm yogurt... tu tak letak asam keping. Bole cuba la style ni.

    ReplyDelete
  22. Thanks for sharing this recipe. OMG I am hungry and drooling already at the sight of this delicious dish. :)

    ReplyDelete

Be Nice, Be Respectful and Be Responsible. No Negative Vibes. Any Rude or Vile comments will be reported accordingly. Thank You :)

Spread Love . Stop Hatred. Live Life To The Fullest.

Popular Posts