Popular

Monday, 13 April 2020

VITS MENCARI GOLONGAN WARGA EMAS UNTUK HULURKAN BANTUAN MAKANAN HADAPI COVID19




VIT’S MENCARI GOLONGAN WARGA EMAS UNTUK HULURKAN BANTUAN
MAKANAN HADAPI COVID19


Hai semua readers zaza,

Apa khabar semua nya pada waktu Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) ni ? Harap semua nya sihat-sihat belaka. Hari ini zaza nak kongsikan informasi tentang bantuan dari VIT Makanan Sdn Bhd. 

VIT Makanan Sdn Bhd, pengilang dan pengeluar makanan segera dan mee kering sejak 1975, telah menjalankan tanggungjawab sosial korporatnya dengan menghulurkan sokongan kepada petugas barisan hadapan dan masyarakat terpinggir dalam mengharungi situasi Covid19 ini. Dengan lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) pada 14 April 2020. Vits berjanji untuk meringankanbeban petugas dan golongan sepanjang waktu PKP ini.


memberi sumbangan kepada frontliners kita , polis negara. 

Sejak bermulanya PKP, Vits telah mengambil langkah-langkah proaktif untuk kembali
menyumbangkan kepada masyarakat yang memerlukan dan mereka yang sedang berjuang
demi negara dalam situasi sukar ini. 

Vits sehingga kini telah menyumbang sejumlah 3000 lebih karton kepada petugas Hospital Kuala Lumpur, para petugas polis yang sedang menjalankan sekatan jalan, bomba, rumah pertubuhan, rumah kebajikan dan rumah orang tua yang kurang bernasib baik di beberapa lokasi.


Memberi sumbangan juga kepada pihak Bomba yang berani 

Noodlesman atau En.YT Lai, Pengarah Urusan Vit Makanan Sdn Bhd berkata, Covid19 adalah situasi yang paling mencabar pada beliau dan kita semua, terutamanya petugas barisan hadapan yang kekal bekerja tanpa mementingkan diri dalam situasi penuh risiko demi perjuangan memerangi Covid 19. Sebagai penghargaan serta sokongan kami terhadap usaha murni ini, kami ingin membantu menyediakan bantuan makanan secukupnya buatmereka. Kami komited untuk terus memberi sokongan kepada rakyat Malaysia pada waktu yang sukar ini.

Menyediakan makanan untuk frontliners kita yang sibuk menguruskan pesakit.

Sebagai peneraju dalam industri makanan segera klasifikasi mee segera dan mee kering ini, kami amat mematuhi piawaian dalam memastikan makanan yang kami hasilkan melalui saringan kebersihan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Makanan. 

Di mana kami amat menitik beratkan soal sientifikasi di mana setiap pekerja yang masih bekerja di bahagian logistik, pembungkusan, pengeluaran serta pejabat perlu melalui pemerikasaan suhu badan,pemakaian topeng muka dan sarung tangan, pengangkutan seperti van dan lori juga perlu dinyah kumankan setiap hari bagi memberi dan menghantar produk serta stok makanan yang bersih dan terjamin, tambah En.YT Lai lagi.



Vits makanan juga ingin meneruskan niat murni ini dengan mencari warga emas yang berumur 60 tahun ke atas di seluruh Malaysia yang tinggal bersendirian tanpa anak yang bekerja untuk diberikan bantuan makanan. 

kami percaya gologan ini seharusnya diberikan keutamaan dalam bantuan kerana mereka ini tidak mampu untuk keluar mencari makanan di saat sukar ini." 


Memberi sumbangan makanan kepada polis petugas di balai 

Sekiranya anda mempunyai 
jiran, kenalan, kenalan sekampung boleh tampil kehadapan dan kami akan hantarkan bantuan makanan ini terus kepada mereka. Kami berharap agar dengan bantuan ini kami dapat membantu bersama-sama mengangani Covid19, kata beliau.




Untuk maklumat lanjut mengenai anda boleh menghubungi unit komunikasi dan pemasaran / Cik Baizura di nombor 6012 631 2098 atau laman sesawang kami www.vitsnoodles.com

Boleh juga layari page Facebook ini untuk keterangan lanjut . Klik sini πŸ‘‰( bantuan warga emas )




Ingin mengetahui mengenai latar belakang syarikat ini. Sila layari  https://www.vitsnoodles.com/AboutUs

Minta bantuan anda semua untuk sebarkan inisiatif baik dari VITS Makanan Sdn Bhd ini kepada yang memerlukan ye !





Terima kasih semua  πŸ’“πŸ˜€


Stay safe , Stay at home and have HELPING EACH OTHER !!! πŸ’“

DONT FORGET TO LIKE, SHARE, COMMENT AND SUBSCRIBE / FOLLOW πŸ‘

Be nice, Be respectful and Be responsible. 

THANKS πŸ’•πŸ₯°

Love and regards, 












Zazasters a.k.a MamaMonsterπŸ‘»

Gambar semua kredit kepada pemilik.

#vits
#vitsnoodles
#stayhome
#dudukrumah
#kitajagakita
#rakyatjagarakyat
#takecareofeachother
#stopspreadingvirus
#spreadloveinstead
#zazasters
#bloggerMY
#bloggermalaysia
#KLblogger #malaysianlifestylebloggers
#malaysianfoodbloggers
#malaysiafoodie
#foodbloggermalaysia 
#zazaazmanblogspot

20 comments:

  1. Bagusnya ada program mcm ni membantu warga emas yg memerlukan bantuan

    ReplyDelete
  2. semoga dipermurahkan rezeki pemberi sumbangan. for sure, banyak orang yang terlibat untuk ini. saya doakan murah rezeki untuk semua yang turut membantu. Alhamdulillah. saya percaya, disebalik rezeki orang lain, ada rezeki untuk kita :)

    ReplyDelete
  3. bagusnya banyak syarikat yang tampil untuk memberi sumbangan kepada yang memerlukan. semangat macam ni yang perlu ada pada setiap orang, barulah tiada yang rasa dipinggirkan

    ReplyDelete
  4. Wah bagus betul la usaha pihak VIT ni, sedikit sebanyak dpt membantu para frontliners kita yg sedang berjuang tak cukup masa tu kan. All the best!

    ReplyDelete
  5. Bagus la program ni. Sis puji sungguh. Harap2 ada lagi syarikat macam mereka ni.

    ReplyDelete
  6. Eloklah jika ada sesiapa yang mengetahui adanya golongan warga emas yang memerlukan bantuan bolehlah syorkan untuk menghubungi Vits ni.

    ReplyDelete
  7. Terbaik program ni di kala kita semua sedang di uji dengan Covid19

    ReplyDelete
  8. satu langkah yang bagus dari vits! buat CSR program. Moga makin maju bisnes Vits lepas ni

    ReplyDelete
  9. Bagus ya Vits ni nak sumbang pd warga emas yg memerlukan bantuan. Mesti warga emas ibu tunggal suka ni. Jika ada yang tahu memerlukan bolehlah dicadangkan pd Vits.

    ReplyDelete
  10. inisiatif yang baik dari pihak vits. moga memberi manfaat untuk semua.

    ReplyDelete
  11. Oh that's so nice of VIT Makanan Sdn Bhd. Kan their noodle very nice to have

    ReplyDelete
  12. Terbaik dan tahnia Vits memberi sumbangan kepada golongan warga emas, moga usaha ini diteruskan sepanjang PKP ni dan dicontohi oleh jenama dan produk lain

    ReplyDelete
  13. Bagus VIT Makanan Sdn Bhd ni selain beri batuan kepada frontliners dorang tak lupa juga beri batuan pada warga emas . Company lain patut contohi VIT Makanan Sdn Bhd.

    ReplyDelete
  14. Alhamdulilah, semoga dengan usaha kebajikan begini dapat meringankan bagi mereka yang sangat memerlukan..

    ReplyDelete
  15. bagus Vit Malaysia, berkongsi rezeki dengan pelbagai pihak. semoga usaha murni ni menjadi inspirasi kepada ramai orang untuk sama-sama memberi

    ReplyDelete
  16. Bagus usaha macam ni, tolong mereka yang memerlukan time PKP macam ni sebab kita tak tau siapa yang tiada makanan ketika musim macam ni. Terima kasih membantu

    ReplyDelete
  17. tahniah Vits, semoga usaha murni ini akan beroleh kejayaan lebih besar

    ReplyDelete
  18. Satu initiatif yang bagus dari Vits yang memahami kesusahan dialami warga emas.

    ReplyDelete
  19. Bagus vits ni sebab lebih fokuskan pada yg memerlukan... Yela ada dikalangan kita sebenarnya ramai xberapa mampu dalam musim2 camni kan...

    ReplyDelete
  20. Terbaik... tahniah di atas sumbangan ini Vit's... sesungguhnya di waktu sukar seperti inilah kita harus terus merapatkan jurang perbezaan dengan bersama-sama berganding-bahu untuk meringankan beban masyarakat sekeliling... #kitamestimenang

    ReplyDelete

Be Nice, Be Respectful and Be Responsible. No Negative Vibes. Any Rude or Vile comments will be reported accordingly. Thank You :)

Spread Love . Stop Hatred. Live Life To The Fullest.

Popular Posts