Popular

Wednesday, 29 April 2020

VITS LANCARKAN KEMPEN BANTUAN DERMA PAKAIAN PERLINDUNGAN DIRI (PPE) UNTUK HOSPITAL


VIT'S LANCAR KEMPEN BANTUAN DERMA PAKAIAN PERLINDUNGAN DIRI (PPE)
UNTUK HOSPITAL KUALA LUMPUR

Assalamualaikum. Hi kepada semua readers za, 💓

Apa khabar anda semua? Masih patuh tak dengan Perintah Kawalan Pergerakkan fasa ke-empat ni ? Za harap anda semua sihat- sihat belaka dan masih patuhi arahan kerajaan untuk duduk dirumah bagi menghapuskan pandemik virus covid19 nih. 

Walaupun kes kematian dan kes positif nampaknya makin berkurangan, namun kita masih harus berjuang hingga TIADA kes langsung. Marilah kita jalankan tanggungjawab kita bersama-sama ye ?😀

Kalau anda mengikuti posting Zaza dari dulu, mesti ingat kan pasal VITS ? Kempen mereka yang untuk membantu memberi makanan kepada golongan warga emas ? Tak tahu? Kalau macam tu, anda  boleh baca kat link di bawah ni okay ?


Semenjak 18 Mac 2020 sehingga kini seramai 500 warga emas telah menerima bantuan makanan ini, di mana mereka ini tidak mampu untuk keluar di atas faktor kesihatan, uzur dan sebagainya.


Baca post sebelumnya ~~ [VITS] MENCARI GOLONGAN WARGA EMAS UNTUK HULURKAN BANTUAN MAKANAN HADAPI COVID19

             

Jadi hari ni Za nak kongsikan pula bahawa VITS kini kembali melancarkan kempen baru iaitu memberi bantuan derma Pakaian Perlindungan Diri ( PPE ) kepada Hospital Kuala Lumpur. Za sangat menyenangi dan mengagumi inisiatif yang VITS  lakukan untuk  meringankan beban rakyat-rakyat Malaysia pada waktu memerlukan.


Vit Makanan merupakan pengeluar dan pengilang jenama Vits yang telah bertapak di Malaysia sejak 1975, baru-baru ini telah mengambil inisiatif murni bagi bersama-sama membantu menangani masalah Covid 19 yang telah melanda Malaysia dan merebak secara globalnya ke seluruh negara.

Vit Makanan telah merangka pelan bagi membantu golongan masyarakat sebagai tanda menyumbang semula kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah menyokong produk Vits ini semenjak awal perniagaan mereka sehingga kini.


Semenjak 18 Mac di mana bermulanya Yab Tan Sri Dato Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd

Yassin Perdana Menteri Malaysia memutuskan perintah kawalan pergerakkan, 
Vits telah  memberi agihan makanan kepada pasukan ‘frontliners” “roadblock’, balai polis, balai bomba dan juga pusat kawalan Covid 19 di Hospital Kuala Lumpur.


Vits bukan sahaja fokus kan bantuan hanya kepada warga emas dan barisan hadapan "Frontliners" dengan bantuan makanan, malah telah menyumbang sejumlah pakaian PPE untuk 'Team Covid" Hospital Kuala Lumpur (HKL)

Sumbangan itu disampaikan oleh Pengarah Urusan Vit Makanan sendiri, Malaysia Noodlesman atau Mr YT Lai kepada bahagian Farmasi Hospital Kuala Lumpur untuk pasukan gerakan Covid19
"Ini merupakan penghantaran yang pertama dari kami dimana, kami telah memesan sejumlah “isolation gown” dari pembekal untuk penghantaran bantuan kedua yang dijangka siap pada minggu hadapan kerana keperluan mereka adalah 20 000 helai isolation gown’ sebulan, kata Mr YT Lai. "

Justeru itu, Vits telah  menghasilkan produk makanan menu terbaru "Vits Italian Mi Goreng perisa Bolognese dan Aglio Olio". Vits ingin menjemput orang ramai untuk sama-sama menyokong program murni ini kerana hasil jualan dari produk ini akan didermakan terus kepada pembelian “Isolation gown” dan akan didermakan kepada pasukan gerakan Covid19 Hospital Kuala Lumpur. Vits berharap agar rakyat Malaysia dapat bersama membantu dalam gerakan membanteras virus berbahaya ini .

TENTANG VITS ITALIAN MI GORENG BOLOGNESE & AGLIO OLIO


Mi Goreng Bolognese ini adalah hasil mi goreng yang diilhamkan oleh menu klasik Itali.
Mi Goreng Bolognese yang dibuat dari buah tomato segar, minyak zaitun
premium dan campuran kemangi asli menambah aura masakan Itali
➥Bebas dari bahan pengawet dan warna bukan asli.


Mi Goreng Aglio Olio adalah hasil gabungan mi goreng dari menu klasik Itali.
Mi Goreng Aglio Olio dari Vits yang diperbuat dari minyak zaitun premium dan campuran ramuan dan rempah asli.
Selain campuran ini, kami menyediakan campuran bawang putih, cabai dan daun pasli
tambahan untuk menambah aura masakan Itali
➥Bebas dari bahan pengawet dan warna bukan asli.


Untuk bersama-sama membeli dan menderma untuk program ini, klik link di bawah.


Boleh juga layari page Facebook ini untuk keterangan lanjut . Klik sini 👉[VITS] BANTUAN DERMA PPE



Untuk sebarang pertanyaan boleh berhubung kepada pihak media dan pemasaran Vit Makanan Sdn Bhd di baizura@vit.com.my atau 03 6093 3999 atau laman sesawang mereka di www.vitsnoodles.com

Ingin mengetahui mengenai latar belakang syarikat ini. Sila layari  https://www.vitsnoodles.com/AboutUs


Di sini Za ingin menyeru kepada anda semua  untuk sebarkan inisiatif baik dari VITS Makanan Sdn Bhd ini kepada semua ahli keluarga , sahabat handai dan kenalan anda untuk menyumbang bantuan murni VITS ini. 

Terima kasih semua  , semoga kita semua dilindungi dan diberkati Allah s.w.t 💓😀 

Stay safe , Stay at home and have HELPING EACH OTHER !!! 💓

DONT FORGET TO LIKE, SHARE, COMMENT AND SUBSCRIBE / FOLLOW 👍

Be nice, Be respectful and Be responsible. 

THANKS 💕🥰

Love and regards, 

Zazasters a.k.a MamaMonsta👻


Gambar semua kredit kepada pemilik.

#staysafe #stayathome #staywithvits #vits
#vitsnoodles
#stayhome
#dudukrumah
#kitajagakita
#rakyatjagarakyat
#takecareofeachother
#stopspreadingvirus
#spreadloveinstead
#zazasters
#bloggerMY
#bloggermalaysia
#KLblogger #malaysianlifestylebloggers
#malaysianfoodbloggers
#malaysiafoodie
#foodbloggermalaysia 
#zazaazmanblogspot

16 comments:

  1. Bagusnya Vit buat program kebajikan memberi bantuan kpd warga emas dlm masa PKP ni sekurang-kurangnya dpt meringankan beban mereka

    ReplyDelete
  2. Sebelum ni Vits cari golongan warga emas utk bantu dan sekarang ni satu lagi sumbangan Vits dalam tenpoh PKP ni.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulilah ramai yang membantu mereka yang memerlukan, semoga usaha begini dapat meringankan beban mereka...Tahniah buat Vit's ..

    ReplyDelete
  4. tahniah vits akan keperihatinan menyumbang kepada yang memerlukan. saya suka mi vits. selalu beli

    ReplyDelete
  5. Bagusnya pihak Vits buat macam ni. Kempen derma PPE untuk hospital KL. Banyak tu 20000 helai.

    Tahniah. Usaha murni.

    Pernah dengar jugak jenama VITS ni. Hehe

    ReplyDelete
  6. Wahh bagus lah usaha murni Vit's ni. Nanti nak cuba beli produk Vit's, sekurangnya boleh membantu juga kan.

    ReplyDelete
  7. Jenama vit's ni sememangnya dah terkenal. Kita antara penggemarnya. Bagus program yang diusahakan oleh vit's ini. Terbaik laaaa

    ReplyDelete
  8. Satu inisiatif yang sangat bagus untuk bantu frontliners kita melancarkan tugas mereka. moga dipermudahkan.

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah, usaha murni yg sangat bagus. Sama2 membantu dalam menangani pandemik Covid19

    ReplyDelete
  10. Banyak usaha VITS masa musibah melanda ni. Bantuan sana sini diberi. Mmg 1 usaha yang murni. Tahniah vits.

    ReplyDelete
  11. sebenarnya kita memang memerlukan sangat bantuan dari syarikat2 yang ada untuk sama2 meringan kan beban yang kita tanggung sekarang ni.. seronok tengok bila rakyat Malaysia saling bekerjasama..

    ReplyDelete
  12. Tahniah Vits membantu mereka yang memerlukan, sumbangan yang begini bagus dicontohi oleh semua Syarikat pengeluar makanan dalam masa yg sama boleh pekenalkan produk yang dikeluarkan

    ReplyDelete
  13. tahniah Vits usaha yang hebat, sama2 kita bantu perangi covid19

    ReplyDelete
  14. Bagus vits ni buat program csr ni. Dapat membantu ramai.orang yang memerlukan

    ReplyDelete
  15. I have benefited a lot from visiting your site. Thank you

    ReplyDelete
  16. Nice post thanks this post share

    ReplyDelete

Be Nice, Be Respectful and Be Responsible. No Negative Vibes. Any Rude or Vile comments will be reported accordingly. Thank You :)

Spread Love . Stop Hatred. Live Life To The Fullest.

Popular Posts