Popular

Wednesday, 25 March 2020

DALGONA COFFEE - KOPI VIRAL PKP

Successful Dalgona Coffee


Yes!!!! Akhirnya menjadi juga yea kopi susu viral Dalgona ke Dolgona apa konaaa kau coronaa nanananana ganu kiteeeee 😂😂

Ramai duk pakat share buat kopi viral ni kat Facebook kan... kita pun cuba la buat...Suka sangat ikut trend eh korang ?! Hmmm 😏

Za buat 3 kali tak naik2... mula2 tu pakai madu, acah2 nak healthy tak pakai gula... kesudahnya dia jadi air kopi pekat ...tak naik pun gebu... So kita minum Cafe Latte je la malam tu... Haha 😆

Kali 2 dan 3 tu terlebih sukatan air panas dan kopi kurang.... pun tak jadi jugaaaa....😞



Setelah 3 kali tak jadi, baru la dia naik gebuuuu gebasss dia.. 😜

Resipi za nih tetap derhaka sikit dari org lain sebab tak nak manis2..

Resipi :

1 sudu Nescafe
1 sudu Essenso Coffee
1 sudu Brown sugar
Ais Batu
Susu Skim Milk / Susu Full Cream 
Air panas 2 sudu je.


Korg kacau pakai mixer atau tangan kalau larat lah kan. Kacau kopi, gula dan air tu.. Dah gebu, sila la bubuh susu dalam gelas. Nak sejuk letak ais. Taknak sejuk, nak panas. Sila la panas kan susu tu dulu.
'


Za pakai gelas besar. So susu dan ice pun byk.. Sukatan kopi bila masuk campur, just NICE 😍
Tak manis dan tak pahit sgt. Ngam ngam hooo 👍👌


Ok la aku dah' ACHIEVEMENT UNLOCKED' dah ni.. 
Jgn give up selagi tak berjaya.. Ah gittewwwwww poyo nya 🤣😜
(semalam mengamuk2.. Haha 😛)


NEXT CHALLENGE PLEASE 😂


Take care and STAY HOME. Let's stop spreading the covid-19 by staying at home. 

Be nice, Be respectful and Be responsible. 

DONT FORGET TO LIKE, SHARE, COMMENT AND SUBSCRIBE / FOLLOW 👍

THANKS 💕🥰


Love and regards, 

Zazasters a.k.a MamaMonster👻

15 comments:

  1. hahaha. dah berjaya buat tu siap ada lagu lagi ya. haha. kita tak buat lagi. tak reti nak buat ;)

    ReplyDelete
  2. Saya antara mereka yg masih belum terjebak dengan dalgona ni. Mungkin sebab saya tak berapa suka kopi 😅

    ReplyDelete
  3. tahniah dah unlock achievement. memang trending betul dalgona lani haha

    ReplyDelete
  4. Sis Bella belum try lagi ya walaupun viral. Dah reda nanti baru kita try haha. Tapi dah rasa kawan ada buat. Sedappp.

    ReplyDelete
  5. Ini galvano ini ada naksud apa apa ke atau direka sahaja? Belum pernah minum kopi begini.

    ReplyDelete
  6. Marina belum terjebak lagi buat dalgano coffee ni. Salah satu sebab tak minum kopi. Dan kedua tak teringin lagi. Kalau buat pon, mungkin guna milo

    ReplyDelete
  7. aida lom buat lagi dalgona ni semua. sebab stok nescafe takde kat rumah.
    but, lepas org share boleh buat dgn milo, akan buat kot in few days.
    anak2 memang minum milo. kita sajikan utk diorang dalgona milo :)

    ReplyDelete
  8. Pernah buat Dalgona Milo saja sebab kopi atau nescafe memang tak minum. Sedap juga dalgona ni kan. Puas hati rasanya dapat rasa dalgona ni.

    ReplyDelete
  9. Sis kalau buat sendiri belum lagi, yang Sis share tu rsepi adik yang buat, tapi hrtu dah pergi rumah Mak, kami buat sama-sama dan Sis dah rasa, perghhh memang kaw gile! Sis coffee lovers, so Sis memang suka yang nescafe tu...

    ReplyDelete
  10. Hahaha..rasanya ramai je yg terjebak ni. Sis pun berapa kali buat tak menjadi. Last2 anak tolong pukulkan baru le menjadik..mak tak kuat dah dikk

    ReplyDelete
  11. Tengok orang buat sedap je.
    Tapi sendiri tak berani nak buat. Sebab tak minum coffee2 ni.
    Nak buat hat milo pun malaas.. Haha
    Tapi kalau ada tukang buat laju je kot minumnya. Haha

    ReplyDelete
  12. Jyeahhhh... challenge accomplished gitu... tahniah sis... hehehehe... dah selesai kuarantin ni nanti insyaAllah nak cuba buat cuma mungkin akan kurangkan dos juga macam yang sis olah tu...

    ReplyDelete
  13. Viral betul dalgona coffee ni.. iena tak pernah buat lagi sebab xde mixer kt umah bujang haha
    tapi iena mmg minum coffee atau nescaffe dengan fresh milk, bukan dgn susu biasa..Kawan iena si mat salleh yang ajar dekat opis :D

    ReplyDelete
  14. Kita buat jugak tp tak pakai nescafe sebab tak boleh minum nescafe. Pakai kopi lain. Sedap

    ReplyDelete
  15. wah.. menjadi.. TB tak pernah try lagi.. ada tanya hubby.. taknak try buat ke dalgona coffee tu.. dia kata taknak lah.. macam susah je nak buat yang gebu tu. kena kacau lama.. huhuhu.. TB pun dah rasa susah nak buat bila master chef sendiri dah cakap cenggitu.. hahaha.. Tapi nanti TB buatkan jugak untuk dia.. spesel punyaa

    ReplyDelete

Be Nice, Be Respectful and Be Responsible. No Negative Vibes. Any Rude or Vile comments will be reported accordingly. Thank You :)

Spread Love . Stop Hatred. Live Life To The Fullest.

Popular Posts