IDW Design Collection Book All-In-One Package

IDW Design Collection Book
All-In-One Package


Hi Assalamualaikum semua 💚

Apa khabar semua nya? Harap nya semua sihat ! Nampak gaya nya kita semua ni akan beraya di rumah saja lah kan? PKP 3.0 pun dah di kuatkuasa balik.

Harapnya kita semua patuhi lah S.O.P yang diberikan. Bersabar dan bertabahlah. Berdoalah kita agar penyakit Covid19 ini akan cepat hilang. Jangan lupa ambil suntikan vaksin tau! #kitajagakita okay?

Walaupun kita diarahkan untuk duduk di rumah, tak bermakna kita tak boleh ada ‘feel’ untuk beraya kan? Chill lah. Za dengan suami dah fikir masak-masak dah. Kalau tak boleh pergi beraya pun, kami tetap nakkan suasana raya.

Jadi saja-saja lah nak tukar sikit ‘decor’ rumah ni sikit. Paling seronok sebab suami pun ‘excited’ dengan misi ‘Decor Raya’’ kitorang berdua. Walaupun Suami Za ni bekerja sebagai ketua kontraktor pembinaan, Suami za ni dia ada belajar juga lah pasal Reka Bentuk Dalaman sikit2. Dia ‘terer’ lah bab ID ni dari Za.

IDW Design Collection Book All-In-One Package

Sebelum kitorang nak mula kan misi ‘Decor Raya’ tu, Za pun saja2 la cari sumber inspirasi sikit. Bila cari2 online tu, terjumpa lah informasi tentang IDW DESIGN & BUILD (IDW) ni. Rasa curiga gak siapa mereka ni sebab agak terkenal antara artis-artis Malaysia tau !

Kaji selidik sikit dengan kawan Za yang suka dekorasi rumah, rupanya IDW DESIGN & BUILD (IDW) ada buku terbitan baru ‘ IDW Design Collection Book - All-In-One Package’

Kawan za tu ada pulak buku nya.. Jadi kita pun apa lagi.. Pinjam la dulu… hihih.

IDW Design Collection Book All-In-One Package

Buku dia besar dan tebal ye. Seronok bila dapat pegang buku fizikal mcm ni. Iya lah zaman sekarang semua E-Book. Tak best tau.. Takde ‘Feel’ bila nak membaca atau menelaah. Hihi. Seronok betul Za bila dapat selak2 muka surat yang penuh dengan gambar yang penuh informasi dan tersangat terperinci.

Meh la Za cerita serba sedikit mengenai IDW Design Collection Book - All-In-One Package bersertakan latar belakang Pengasas dan Syarikat sekali untuk tatapan anda semua okay ?

BAGAIMANA IDW DICIPTA DAN SIAPA PENGASAS NYA?

IDW Design & Build (IDW) ditubuhkan pada tahun 2007 oleh IDr Lokman Hakim dan IDr Rabiatul Adawiyah sebagai perniagaan permulaan di syarikat dalaman dan pengubahsuaian ketika kedua-duanya berumur 21 tahun. Mereka lulus dengan Diploma Pengajian Interior Designer diikuti dengan Ijazah dalam Interior Architecture dan diakhiri dengan Sarjana Pengurusan Kemudahan Sains.

Sebagai salah satu ‘top interior designer’ yang dipercayai dan dikenali, IDW Design & Build (IDW) telah berjaya merancang dan membina setiap kawasan rumah untuk kelihatan mewah dan mampu milik dalam setiap pelaksanaan projek yang mereka capai. Ini menjadikan mereka ‘ best bumiputera interior designer in malaysia’

IDW Design & Build (IDW) bertempat di Shah Alam dan antara interior design firm in malaysia !

Baca selanjutnya di sini : https://idw.design/about/

BUKU KOLEKSI IDW DESIGN

Buku Koleksi IDW Design adalah cetusan idea IDr Lokman Hakim dan IDr Rabiatul Adawiyah dan dicipta khas untuk pemilik rumah yang inginkan reka rumah idaman tanpa perlu mengupah ‘interior designer’

“Impian kami adalah setiap rumah harus mempunyai senaskah IDW Design Collection. Interior Design kini di hujung jari anda. Transforming Space, Transforming Life.”
IDW Design Collection Book All-In-One Package

IDW Design Collection Mempunyai lebih 200+ design eksklusif untuk dipilih dan setiap 200 pilihan rekaan siap disertakan sekali dengan 3 perkara penting :

1) 3D Interior Design
2) 2D Layout Plan
3) Detail Drawing

IDW Design Collection Book All-In-One Package

Ini memudahkan anda untuk membuat pilihan dan terus ‘direct’ berikan lakaran reka bentuk yang diidamkan kepada kontraktor anda.

Anda boleh membuat pilihan dari minimalist house design, modern house interior, bohemian decor atau contemporary interior design untuk mana- mana ruangan di rumah anda. Baik di bilik tidur, bilik mandi, ruang tamu, dapur dan tak lupa juga tempat solat. Semua nya ada di dalam buku IDW Design Collection.


BUKU INTERIOR DESIGN “PLUG & PLAY” YANG PERTAMA DI MALAYSIA

IDW Design Collection Book All-In-One Package

Tahu tak, untuk memudahkan lagi urusan anda. IDW Design Collection mempunyai ciri QR code yang di mana anda hanya perlu scan ‘QR code’ yang ada pada setiap design , simpan sebagai rujukan atau/dan hantar link kepada kontraktor.

Terdapat 200 Kawasan Reka Bentuk yang disediakan di dalam buku ini untuk membantu anda untuk memilih mengikut citarasa dan ukuran ruang dalaman yang tepat dan teliti. Senang nya !!!


IDW DESIGN KALKULATOR BAJET

IDW Design Collection Book All-In-One Package
Apa yang best kat website IDW DESIGN & BUILD (IDW) , dia siap sediakan kalkulator untuk kita kira bajet rumah kita tau. Mudah kan? Anda kira ukuran rumah anda, apa yang anda nak ubah suaikan. Dapat lah angka kasar berapa bajet pengubahsuaian rumah anda. KLIK SINI

REVIEW ZAZA

IDW Design Collection Book All-In-One Package

Walaupun Za ni taklah hebat dalam reka bentuk ni sangat , tapi dengan BUKU KOLEKSI IDW DESIGN tersangat la senang untuk fahami. Setiap muka surat mengikut konsep masing-masing terdapat reka bentuk dan gambar terperinci , siap sekali dengan ayat-ayat yang membina.

Serius mudah nak faham. Apa yang kita nak , boleh je mix-match antara mana kita suka. Takde pening2 kepala. Jimat masa dan duit. Tak perlu bergaduh dengan orang tengah.

Baca juga : IDW Review English

Suami Za pun kagum dengan cara kerja ‘layout’ yang ada pada BUKU KOLEKSI IDW DESIGN. Menyenangkan kerja ID juga katanya. Senang dan mudah sebab ada QR code tuh. Tak payah la juga penat2 nak bawak buku itu ke hulu kehilir katanya.

IDW Design Collection Book All-In-One Package

Bagus untuk sesiapa yang baru nak belajar mengenai reka bentuk. Iyalah , orang macam Za pun boleh faham. Jadi memang terbaik lah BUKU KOLEKSI IDW DESIGN ni!

Harga buku IDW Design Collection ni pun takde lah mahal sangat. Dengan pelbagai informasi yang dapat kita pelajari dengan mudah dan jimat kan kos duit dan masa. Tak salah meluangkan sedikit duit untuk buku yang tak ternilai nih, betul tak ?

Nak tahu harga promosi IDW Design Collection ? - Klik Sini


IDW Design Collection Book All-In-One Package

Siap la ye lepas nih rumah kita haruslah ala-ala rumah Fazura nanti walaupun bukan duduk banglo. Haha berangan tu tak salah kan?!

Haaaa lepas ni anda semua pun boleh lah buat renovasi atau dekorasi rumah mengikut rujukan dari BUKU KOLEKSI IDW DESIGN . Kalau ada yang buat nanti, jangan lupa tag Zaza tau !!! Nak tengokkkk…

Apa-apa pun, sebelum Za berundur. Ingin Za ucapkan seikhlasnya dari hati ‘Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir dan Batin’ kepada semua pembaca Za!

Jaga diri, Jaga Jarak, Jaga Kebersihan dan Ikut S.O.P !!


IDW Design Collection Book All-In-One Package

Nak tahu lebih terperinci? Boleh layari platform IDW DESIGN & BUILD (IDW)

IDW Website: https://idw.design/idw-collection-design/
IDW Facebook: https://www.facebook.com/idwdesigns/
IDW Instagram: https://www.instagram.com/idw.design/
IDW Address: NO 2, 4 & 6, JALAN PEGAGA A U12/A SEKSYEN U12, Desa Alam, 40170 Shah Alam, Selangor
IDW Design Collection Book All-In-One Package

    Well, that's all for now! Thanks for reading my blog !! I hope you've enjoyed it!

Have a wonderful day and always be happy!! 

THANKS FOR BEING A PART OF MY READERS  💕🥰

Love and rise up, 

DON'T FORGET TO LIKE, SHARE, COMMENT AND SUBSCRIBE / FOLLOW 👍

 Be nice, Be respectful and Be responsible.

Zazasters a.k.a MamaMonsta👻
#IDW #IDWdesigns #interiordesign #homedecor #brightyourhome #architecture #interiors #homedesign #furniture #decoration #luxury #homesweethome #inspiration #furnituredesign #interiordecorating #instagood #kitchendesign
#IDWDesignCollection #IDWPlugPlayBook #IDWshahalam #IDWRAYA2021 #topinteriordesignmalaysia #lifestylelooks #lifestyleblogger #mamaAAmonsta #zazaazman8com
#mamamonstareview #zazastersreview #contentwriter