RichWorks Datuk Wira Dr Azizan Osman

Assalamualaikum semua 💚

Mesti korang dah kenal RichWorks ni milik siapa bukan? Pengasasnya RichWorks International Sdn. Bhd. tentu lah tak lain tak bukan Datuk Wira Dr Azizan Osman. Pada mereka yang tidak mengenali siapa dan apa itu RichWorks . Hari ni za nak kongsi dengan korang sedikit sebanyak tentang RichWorks dan visi mereka.

TENTANG RICHWORKS

Perjalanan RichWorks 2021

Syarikat bimbingan dan latihan keusahawanan terbesar dan paling berjaya di Malaysia khususnya dari segi penjenamaan & pemasaran serta kepimpinan.

Sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman dan menarik lebih daripada 1,500,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar live dan dalam talian (virtual online).

Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6-24 bulan.

Visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia.

Richworks mahu fokus untuk bimbing rakyat dan negara dalam berdepan dengan pandemik melalui kepakaran mereka.

Richworks mahu terus membantu orang ramai melalui program-program percuma mereka demi untuk buka jalan dan tingkatkan ilmu rakyat Malaysia supaya berjaya membina masa depan sebagai usahawan.

Perjalanan RichWorks 2021

Kisah journey Richworks boleh lihat melalui video Youtube dibawah ini :

RichWorks Komited Bantu 605,000 Bangsa Usahawan Bangkit Semula

RichWorks Komited Bantu 605,000 Bangsa Usahawan Bangkit Semula Tahun 2021, ini adalah tentang Perjuangan Dan Pencapaian RichWorks Pada tahun 2021 Sokongan RichWorks bukan omong kosong. Buktinya, Richworks telah melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk 13 program percuma, business bootcamp, RichWell dan banyak lagi.

Perjalanan RichWorks 2021
Perjalanan RichWorks 2021

Tahun 2021 yang diharungi sebelum ini menyaksikan pelbagai kisah dengan cabaran pandemik dan ditutup bersama musibah banjir pada akhir Disember lalu.

Apabila Pengasas RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Datuk Wira Dr Azizan Osman bersama 31 ahli keluarganya dijangkiti COVID-19. Beliau sangat memahami keadaan dan situasi pada yang menghadapi masalah ini. RichWorks faham keadaan dihadapi orang ramai - kesusahan ekoran pandemik dan banjir.

Perjalanan RichWorks 2021
Photo Credit Oh Media My

Ibu mertua Dr Azizan meninggal dunia dan beliau sendiri hampir maut selepas doktor mengatakan sudah tidak ada harapan jika tiada perubahan positif selepas dimasukkan mesin bantuan pernafasan.

Alhamdulillah, keadaan beliau semakin baik dan bagi Dr Azizan, peluang kedua diberikan Allah SWT akan digunakan sebaiknya untuk memberikan lebih lagi kepada bangsa usahawan terutama dalam bimbingannya.

Tak berapa lama selepas beliau keluar dari hospital dan sedang proses pemulihan, Dr Azizan komited menjalankan program percuma yang dihadiri ribuan orang.

Richworks Academy

Perjalanan RichWorks 2021

Sebanyak 7 program percuma bersamaan 98 jam masa yang beliau berikan bagi memberikan tunjuk ajar dan kekuatan kepada orang ramai dalam soal keusahawanan.

Secara keseluruhan pada tahun lalu, RichWorks dapat membantu hampir 605,000 orang melalui 13 program keusahawanan yang ditaja sepenuhnya RichWorks pada tahun lalu.

Membuka Peluang Untuk Wanita Bangkit Berniaga

Perjalanan RichWorks 2021
Malah salah satu program kami iaitu Wanita Bangkit Berniaga (WBB) juga mendapat pengiktirafan kerajaan bila disebut dalam Dewan Rakyat sebagai rakan kolaborasi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Perjalanan RichWorks 2021

Sementara itu, Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd. memberitahu, pihaknya tak ketinggalan dalam menyumbang kembali kepada masyarakat melalui Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell).

Richworks Bantu Rakyat

"Kempen #RichWellBantu yang digerakkan Dr. Azizan bermula Julai tahun lalu, berjaya mengumpulkan RM501,497 untuk bantu lebih 2,000 keluarga.

"Tidak berhenti di situ, sumbangan kilat berjumlah RM500,000 dikumpulkan daripada usahawan kami dan RichWorks sendiri dalam 24 jam bagi mangsa banjir di Selangor pada 18 Disember tahun lalu," ujarnya.

Richworks Juga Mahu Membimbing Anak Didik Mereka Untuk Mengharungi 2021 Hingga Capai Kejayaan

Menurut Radz, RichWorks bersama ahli Titanium & Spire turut menyumbang sebanyak 762 ekor kambing dan 84 ekor unta bernilai RM824,160 dalam ibadah korban kali ini.

Selain itu, ahli Titanium dan anak didik RichWorks juga menaja 9 pelajar ke Tarim Yemen dengan sumbangan sebanyak RM180,000 sempena Maulidur Rasul.

Dalam pada itu, syarikat bimbingan dan latihan pembangunan usahawan paling berjaya di negara ini tetap meneruskan misi dalam membangun dan mengembangkan usahawan ke tahap lebih tinggi.

Perjalanan RichWorks 2021

Alhamdulillah pada tahun lalu, jumlah keseluruhan peserta mentoring RichWorks iaitu Titanium, Spire dan EliteX berjumlah 1,855 orang dengan jualan terkumpul RM3.7 bilion.

Bagi ahli Titanium saja, sebanyak 312 usahawan berjaya hasilkan RM3.2 bilion, RM495 juta (519 ahli Spire) dan RM46.9 juta (1,024 ahli EliteX).

Perjalanan RichWorks 2021
Melalui program bimbingan Spire kami yang menyediakan usahawan capai jualan RM1 juta pertama setahun, sebanyak 72 usahawan berjaya mencapainya.

Bukan itu saja, 77 bisnes di bawah bimbingan RichWorks mencapai jualan lebih RM10 juta, lima bisnes (RM50 juta ke atas) dan lima bisnes (RM100 juta ke atas) pada 2021.

Syukur atas kejayaan dan ujian dihadapi 2021 lalu, itulah sedikit sebanyak perjalanan RichWorks yang kami usahakan dan akan dipergiatkan lagi tahun baru ini, insyaAllah.

Moga usaha RichWorks www.richworks.com untuk membantu lebih ramai bangsa usahawan dan misinya akan dipermudahkan dan diberkati oleh Allah SWT.

Perjalanan RichWorks 2021

Semoga dengan Perjuangan Richworks 2021 ini, RichWorks dapat membantu orang ramai melalui program2 percuma mereka demi untuk buka jalan dan tingkatkan ilmu rakyat Malaysia supaya berjaya membina masa depan sebagai usahawan di tahun 2022 ini. Insyallah. 

Jalannya sudah ada, tinggal usaha korang sendiri untuk kecapi kejayaan! Semoga korang mendapat pelbagai manfaat dan semoga berjaya!

Perjalanan RichWorks 2021

 Well, that's all for now! Thanks for reading my blog !! I hope you've enjoyed it!

Have a wonderful day and always be happy!! 

THANKS FOR BEING A PART OF MY READERS  💕🥰
DON'T FORGET TO LIKE, SHARE, COMMENT AND SUBSCRIBE / FOLLOW 👍
 Be nice, Be respectful and Be responsible.

ZazaAzman a.k.a MamaMonsta👻
#RichWorks #RichworksAcademy #PerjuanganRichworks #PerjalananRichWorks2021 #UsahawanJutawan #BitersXRichworks