anggota Skuad Handau, Mohd Tazri Yang
PhotoCredit :Kosmo.com.my

VIT’S PERKASA VETERAN TUDM SQUAD HANDAU HARI KEBANGSAAN

Assalamualaikum semua 💓

Anda semua tahu kan betapa gemar nya saya dengan VIT'S bukan sahaja dengan produk makanan yang mereka hasilkan tetapi juga segala kempen dan inisiatif yang mereka lakukan untuk komuniti kita. Dahulunya seperti membantu warga emas untuk bantuan makanan, kempen bantuan derma pakaian dan juga sokongan sukarelawan untuk mangsa banjir awal tahun lalu. 

Anda boleh membaca artikel yang telah saya tuliskan seperti di bawah. 




Jadi disini saya ingin berkongsi dengan anda tentang kehebatanya sebuah organisasi seperti VIT'S untuk menengahkan dan menjulung kan khidmat wira negara kita yang telah banyak berjuang demi Negara kita tanpa kita sedari. 

Jom Baca!!


Sudah menjadi lumrah apabila berada dalam sesebuah organisasi untuk tempoh yang lama, pelbagai kenangan pahit dan manis pastinya terpahat dalam ingatan. Ibarat tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain. Pepatah itu sesuai untuk dikaitkan dengan bekas anggota Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM), Mohd Tazri Yang, apatah lagi 31 Ogos ini merupakan Hari Kebangsaan dan juga tarikh kelahiran beliau.

Meskipun sudah lebih 30 tahun meninggalkan kerjayanya sebagai anggota Skuad Handau, segala kenangan yang ditempuhi sepanjang tempoh berkhidmat masih diingati meskipun beliau kini telah menjengah ke usia 70 tahun. Selain pernah menjadi jurulatih menembak serta penerjun udara, Mohd Tazri juga pernah menjadi salah seorang Ketua Penyelamat Anggota Pasukan Payung Terjun dalam bahagian Pasukan Penyelamat TUDM.

anggota Skuad Handau, Mohd Tazri Yang

Misi menyelamat mayat mangsa pesawat Cessna 402B yang terhempas pada 3 Februari 1986 akibat cuaca buruk di Lawas sempadan Sabah Sarawak, ternyata sukar dilupakan. Lebih menyayat hati, keseluruhan lapan anggota yang terbunuh itu merupakan teman sepasukannya. Beliau yang mengetuai misi itu menjalankan tugas mencari anggota tentera yang terkorban di pergunungan Borneo. 

Mohd Tazri dan pasukannya menaiki pesawat dan turun di pertengahan hutan Borneo untuk mencari cebisan-cebisan mayat. Meskipun sedih, namun menjadi tanggungjawabnya sebagai anggota Pasukan Penyelamat TUDM untuk sentiasa bersedia dengan apa jua keadaan dan misi yang dijalankan.

Pada era 1978, Mohd Tazri yang ketika itu berusia 24 tahun juga pernah menjalani latihan komando. “Saya mengikuti latihan selama tiga bulan dalam keadaan teruk dan lasak hingga mengganggu kesihatan mental saya. Keadaan itu menyebabkan saya lupa nama anak-anak,” ceritanya dengan nada sebak. Dek kerana itu, bapa kepada lapan orang cahaya mata ini mengalami masalah pendengaran dan penglihatan.

anggota Skuad Handau, Mohd Tazri Yang

Namun katanya, itulah pengalaman yang tidak akan mampu dibelinya dengan wang ringgit. Beliau yang kini bergantung kepada bantuan saraan pencen berharap sekiranya ada pihak yang sudi mengambil tahu perihal kadar pencen para veteran yang masih sama seperti 20 tahun lalu. “Kadar ini perlu dinaikkan memandangkan kos sara hidup kini semakin meningkat.

Saya berterima kasih kepada pihak VIT’S kerana mengambil berat dan mengenang jasa veteran sempena merdeka ini. “Tanpa jasa wira negara seperti kami, generasi kini tidak akan rasai segala kesenangan yang ada di bumi Malaysia ini,” katanya. 

Sementara itu, Pengarah Pembangunan Vit Makanan Kuala Lumpur Sdn Bhd, Yaeh Tat berkata, sebagai sebuah syarikat pengeluar mi segera yang beroperasi sejak 1975, VIT’S telah menjalankan pelbagai aktiviti menerusi tanggung jawab sosial korporat (CSR) mereka.

anggota Skuad Handau, Mohd Tazri Yang


Wira negara yang banyak berkorban dibantu dengan mendermakan sejumlah bantuan makanan kepada Persatuan Veteran Tentera Udara. “Ini merupakan tahun kedua pembabitan VIT’S dalam program bantuan kepada Persatuan Veteran Malaysia. Ia sebagai tanda terima kasih buat bekas wira negara dan rakyat Malaysia yang telah menyokong VIT’S sejak tahun 1975 hingga kini,” jelasnya yang merupakan generasi kedua VIT’S.

Untuk makluman lanjut tentang VIT’S, anda boleh lawati di laman sesawang www.vitsnoodles.com.

anggota Skuad Handau, Mohd Tazri Yang

Well, that's all for now! Thanks for reading my blog !! I hope you've enjoyed it!

Have a wonderful day and always be happy!! 

THANKS FOR BEING A PART OF MY READERS  💕🥰
DON'T FORGET TO LIKE, SHARE, COMMENT AND SUBSCRIBE / FOLLOW 👍
 Be nice, Be respectful and Be responsible.

ZazaAzman a.k.a MamaMonsta👻
*Disclaimer - Original photo was taken from Google Images. Credit to its owner. Thank You for Contributing. Edited version done by Zaza Azman