Program Infaq Ramadan 2021 Putra Amaris

PROGRAM INFAQ RAMADAN 2021 
PUTRA AMARIS 

#SAMASAMAKENYANG #KONGSIREZEKI
 EASTIN HOTEL, KUALA LUMPUR 


Hi semua 💙

Salam Hari Jumaat yang penuh Barokah. Bismillahirohmanirohim.

Di sini Zaza ingin kongsikan bersama anda semua satu program inisiatif baik yang dapat membantu mengurangkan beban segelintir rakyat Malaysia yang didalam kesusahan, telah dilancar di Hotel Eastin, Kuala Lumpur pada minggu lalu.

Program Infaq Ramadan 2021 Putra Amaris

Saya antara media yang bertuah dipilih untuk menghadiri Program Infaq Ramadan 2021 #samasamakenyang #kongsirezeki yang dilancarkan oleh Putra Amaris, Pengasas Amaris Mytart bersama-sama dengan isteri nya, Puan Nur Syazwani, Yang Berbahagia Datuk Rozzana, Dato A.Aida dan Puan Maria Tunku Sabri selaku pengacara selebriti malam itu.

Program Infaq Ramadan 2021 Putra Amaris
Komitee dari kiri - Encik Marcus Osmand, Puan Maria Tunku Sabri, Puan Nur Syazwani dan Putra Amaris 

Majlis bermula dengan kata-kata aluan dari Pengacara selebriti, Puan Maria Tunku Sabri, diiringi oleh bacaan doa oleh Ustaz Mohd Suhairi Mohd Dahlan untuk memberkati majlis dan Program Infaq Ramadan 2021 ini. Juga disusuli dengan ucapan ringkas dari General Manager Eastin Hotel, Mr. Andrew Peter Law. 

Press release Program Infaq Ramadan 2021 Putra Amaris
General Manager Eastin Hotel, Mr. Andrew Peter Law. 


Sedikit penceritaan bagaimana tercetusnya program ini bermulanya dari ingin membantu dan menyantuni anak-anak yatim dan golongan asnaf yang terkesan dengan situasi Covid-19 yang melanda tanah air tercinta kita dari tahun 2020.


Wabak Covid-19 telah mengejutkan dan menggugat bukan sahaja Malaysia malah seluruh dunia. Impak skala besar ini tentu sekali menggugat pendapatan dan mikro-ekonomi penduduk tempatan. Ramai kehilangan mata pencarian dan terpaksa bergelut dan bertungkus-lumus mencari sumber pendapatan demi sesuap nasi dalam keadaan yang sukar ini.

Press release Program Infaq Ramadan 2021 Putra Amaris

Dengan itu, Program Infaq Ramadan 2021 ini menyasarkan bantuannya kepada 300 orang anak-anak yatim, pelajar-pelajar tahfiz dan golongan asnaf. Sasaran ini adalah salah satu usaha untuk mengurangkan jurang ekonomi sekaligus menyahut aspirasi kerajaan dalam mencapai Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

Press release Program Infaq Ramadan 2021 Putra AmarisPress release Program Infaq Ramadan 2021 Putra Amaris
Saya berharap inisiatif ini dapat mengurangkan beban mereka dan dapat bersama-sama menyahut seruan kerajaan menghapuskan wabak ini. Justeru, saya berharap kerjasama daripada pihak syarikat korporat bukan badan kerajaan media cetak dan elektronik dan juga orang ramai yang ingin menyumbang sangat-sangat dialukan dalam usaha untuk membantu meningkatkan taraf kehidupan komuniti yang kurang berkemampuan serta menyokong ekonomi negara’ , ucap Putra Amaris.
Press release Program Infaq Ramadan 2021 Putra Amaris
Sesi Soal Jawab dengan Media


Sumbangan yang disalurkan akan diberikan dalam bentuk makanan dan juga wang tunai (kecuali badan kerajaan). Disamping itu, Program Infaq Ramadan 2021 ini juga akan mendapat bantuan dari segi tenaga yang luar biasa daripada 20 orang sukarelawan dan diterajui oleh anak-anak muda dalam menjalankan aktiviti motivasi kepada anak-anak yatim.

Kami disajikan dengan gimik pelancaran oleh Putra Amaris dengan permulaannya oleh Ustaz dan anak-anak tahfiz dengan nyanyian merdu. 

Press release Program Infaq Ramadan 2021 Putra Amaris
Press release Program Infaq Ramadan 2021 Putra Amaris

Kami diberi peluang juga untuk melihat klip-klip pendek video Infaq Ramadan, di mana Putra Amaris telah mengunjungi rumah-rumah anak yatim, sekolah tahfiz dan juga gologan asnaf yang sempat di beri bantuan oleh Putra Amaris. 

Press release Program Infaq Ramadan 2021 Putra Amaris

Diharapkan Program Infaq Ramadan 2021 ini dapat membuka ruang dan peluang lebih besar buat semua badan korporat dan mendapat lebih sokongan dan sumbangan dari orang ramai untuk diinfaq dan membantu anak-anak yatim, anak-anak tahfiz dan asnaf.

Press release Program Infaq Ramadan 2021 Putra Amaris
Pakej-pakej yang ditawarkan 


Bagi mereka yang ingin berinfaq sempena bulan Ramadan nanti, atau bermula sekarang pun, Anda sudah boleh mula untuk bersedekah.

Press release Program Infaq Ramadan 2021 Putra Amaris
Wakil dari Columbia Leisure antara salah satu Tetamu Khas memberi ucapan


"BERCUTI SAMBIL BERINFAQ (BERSEDEKAH)" 𝙐𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙥𝙚𝙣𝙜𝙚𝙩𝙖𝙝𝙪𝙖𝙣 𝙖𝙣𝙙𝙖 𝙨𝙚𝙗𝙖𝙝𝙖𝙜𝙞𝙖𝙣 𝙙𝙖𝙧𝙞𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙥𝙚𝙣𝙟𝙪𝙖𝙡𝙖𝙣 𝙑𝙊𝙐𝘾𝙃𝙀𝙍 𝙋𝙀𝙍𝘾𝙐𝙏𝙄𝘼𝙉 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙖𝙣𝙙𝙖...

Posted by Marcus Osmand on Tuesday, March 23, 2021


Sumbangan dan Infaq anda boleh disalurkan ke akaun bank di MAYBANK 5624 0564 6664 SAMA SAMA KENYANG atau boleh rujuk kepada gambar yang Zaza sertakan.

Press release Program Infaq Ramadan 2021 Putra Amaris

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi 012-6996767/011-18607607


Ayuh, sama-sama sokong Program Infaq Ramadan #SamaSamaKenyang bersama Putra Amaris, Pengasas Amaris Mytart.

"Tidak Miskin Orang Bersedekah, Tidak Berkurang Harta Dengan Kita Melakukan Sedekah"

Terima kasih dan semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dirahmati Allah s.w.t selalu.

Press release Program Infaq Ramadan 2021 Putra Amaris

  Well that's all for now ! Thanks for reading my blog !! I hope you've enjoyed it !

Have a wonderful day and always be happy!! 

THANKS FOR BEING APART OF MY READERS  💕🥰

Love and rise up , 

DONT FORGET TO LIKE, SHARE, COMMENT AND SUBSCRIBE / FOLLOW 👍

 Be nice, Be respectful and Be responsible.

Zazasters a.k.a MamaMonsta👻


#InfaqRamadan #Ramadan #AmarisMytart #PutraAmaris #SamaSamaKenyang #KongsiRezeki #infaq #sedekah #amalanuntukakhirat #contentwriter #bloggerMY #KLblogger #zazasters #mamaAAmonsta #zazaazman8com
#malaysianlifestylebloggers #eastinhotelKL