Asyraf Khalid Datuk K anak didik Dr Azizan Osman

Perubahan dan Kejayaan Asyraf Khalid Dengan Bimbingan Azizan Osman


Assalamualaikum semua 💛

Jika disebut nama Datuk Wira Dr Azizan Osman, pastinya ramai sudah mengenali beliau. Atas kerjaya dan jasa nya yang sudah banyak membantu para usahawan di Malaysia pada waktu ini.

Sering kali beliau memberi kata azimat semangat beliau seperti ' Semua Orang Boleh Jatuh, Tapi Yang Penting Berapa Cepat Anda Bangkit!' Menusuk kalbu juga ayat ini, memang akan buat kita rasa mahu bangkit dan naik terus untuk berusaha.

Asyraf Khalid Datuk K anak didik Dr Azizan Osman

Tentang RichWorks

Syarikat bimbingan dan latihan keusahawanan terbesar dan paling berjaya di Malaysia khususnya dari segi penjenamaan & pemasaran serta kepimpinan.

Sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman dan menarik lebih daripada 1,500,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar live dan dalam talian (virtual online). 

Azizan Osman

RichWorks Lahirkan Jutawan

Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6-24 bulan.

Sudah ramai yang berjaya dengan mengikuti kelas bimbingan RichWorks, Mungkin anda juga dapat gelaran anak didik Dr Azizan Osman akan datang.

Kelas Bimbingan Usahawan Bersama RichWorks

Ayuh bangkit dan berubah sertai kelas bimbingan yang di buat oleh RichWorks sekarang. Samaada melalui online atau seminar. Dan juga kini melalui Telegram Chanel Azizan Osman Official .

Kelas Titanium RichWorks

Nak tahu lebih lanjut tentang Kelas Titanium RichWorks Anjuran RichWorks dan Dr. Azizan Osman, boleh terus layari www.richworks.com.

Baca juga : 10 Cabaran Kritikal Perniagaan Bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman 

Asyraf Khalid Datuk K anak didik Dr Azizan Osman

Kali ini Za nak kongsi mengenai kisah kejayaan Asyraf Khalid, anak kepada Datuk K yang juga berjaya dalam perniagaannya sendiri bersama isteri, Tya Arifin untuk syarikatnya Mutyara Beauty. Asyraf Khalid juga merupakan anak didik Dr Azizan Osman dan melalui pengalamannya mempelajari selok belok perniagaan bersama Dr Azizan Osman. 

Asyraf Khalid Datuk K anak didik Dr Azizan Osman

Asyraf Khalid akui Dr Azizan Osman ubah sikap dan perspektif beliau mengenai cara mengendalikan perniagaan secara professional. Dan dalam tempoh 3 tahun sahaja, Dr Azizan Osman dapat mengubah dan membimbingnya bukan saja dalam bisnes malah kehidupan.

Asyraf Khalid Seorang Budak Nakal?

Asyraf Khalid Datuk K anak didik Dr Azizan Osman

Mengikut cerita dari Instagram Asyraf Khalid. Dulunya  Asyraf merupakan budak nakal dan selalu mengecewakan bapanya dan ada masanya beliau merasakan diri dia tidak akan berjaya dalam apa-apa.  

Tambah Asyraf, beliau faham perjalanannya masih jauh namun beliau sangat bersyukur dengan luahan bapanya buat pertama kali di hadapan mentor sendiri. Beliau juga bersyukur dengan adanya isteri tercinta disampingnya, beliau rasa kuat dan berani untuk menjalani kehidupannya demi masa depan keluarganya. 

'Big Why' Asyraf Khalid 

Asyraf Khalid Datuk K anak didik Dr Azizan Osman

Menurut Asyraf ketika ditemui berkata, ucapan tersebut dibuat ketika makan malam dan sempena sambutan hari lahir bapanya di rumah ibu bapanya Isnin lalu. 

"Membuat beliau bangga dengan saya merupakan 'big why' selama ini. 

"Alhamdulillah, semuanya berubah bila bertemu dengan Mentor saya yang betul-betul ubah bisnes Mutyara, malah hidup dan memberikan saya banyak perspektif lebih baik," katanya dalam hantaran itu yang telah ditonton hampir 15,000 orang dalam tempoh beberapa jam saja.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada bapa yang membesarkan saya sebegini, sentiasa beri bimbingan, tak berikan saya kesenangan dan sentiasa percaya meskipun banyak kegagalan dalam hidup. 


"Saya ambil kegagalan itu sebagai pengajaran dan terima kasih kepada Mentor yang dapat mengeluarkan potensi yang ada dalam diri ini," jelasnya. 

 

Dr Azizan Osman Mentor Terbaik? 

Asyraf Khalid Datuk K anak didik Dr Azizan Osman

Dalam pada itu, Asyraf melihat Azizan sebagai mentor yang terbaik buat dirinya yang bukan hanya membimbing mengenai bisnes semata-mata malah secara holistik termasuk kepimpinan dan perhubungan sesama manusia dan bersama Maha Esa. 


Malah nilai-nilai baik ada dalam lingkungan anak didik Azizan dan RichWorks membuatkan beliau menjadi lebih baik lagi. 


Menurut Asyraf Khalid, meskipun Dr Azizan Osman dan Richworks sudah mencapai kejayaan pada satu tahap yang baik dengan jualan jutaan ringgit namun beliau masih rendah diri, tidak lokek berkongsi ilmu dan perkara betul dilakukan.



Datuk K Cemburui Dr Azizan Osman? 

Datuk K dalam ucapannya turut mencemburui dan kagum kebolehan yang dimiliki Azizan melahirkan ramai usahawan jutawan. 

“Saya pun cemburu dan kagum dengan Azizan, kerana ada kebolehan membina ramai jutawan yang mana saya tak boleh buat. 

“Bayangkan jutawan yang Azizan bimbing ini, boleh mengingati Tuhan, beribadah, bersedekah daripada hasil kejayaan mereka, saya percaya sebahagian pahala akan dapat kepada beliau kembali kerana hasil bimbingan, didikan dan tunjuk ajarnya. 

“Azizan memimpin tangan mereka semua, tunjuk mereka mana longkang, mana tempat nak kena langkah, mana tempat nak kena lompat, awak semua (rakan usahawan jutawan) sangat beruntung. Saya tak dapat ini semua ketika seusia anda dan masa memulakan perniagaan,” jelasnya. 

 

Kejayaan Asyraf Khalid di bawah bimbingan Dr Azizan Osman

Sementara itu, Datuk K turut mengingatkan bangsa usahawan yang berjaya tidak melupakan individu yang masih merangkak dan berusaha keras untuk mencapai kejayaan. 

“Jangan lupa masyarakat lain, di luar sana ada juga orang yang tak berjaya seperti kita, jangan terlalu berbangga dan ego, tapi 'be humble, more humble and more humble', ajar mereka untuk capai kejayaan,” ujarnya.

Asyraf Khalid Datuk K anak didik Dr Azizan Osman 

Pastinya untuk mencapai satu-satu kejayaan bukanlah semudah yang dikatakan, anda pun tentu telah sinonim dengan perkataan ini. ' Usaha tangga kejayaan' Maka jom kita usaha lebih lagi!! 

 Semoga anda mendapat manfaat dan menjadi insan yang berjaya, hebat dan maju jaya di masa akan datang dengan bimbingan beliau. 

Azizan Osman Richworks


 Well, that's all for now! Thanks for reading my blog !! I hope you've enjoyed it!

Have a wonderful day and always be happy!! 

THANKS FOR BEING A PART OF MY READERS  💕🥰
DON'T FORGET TO LIKE, SHARE, COMMENT AND SUBSCRIBE / FOLLOW 👍
 Be nice, Be respectful and Be responsible.

ZazaAzman a.k.a MamaMonsta👻
#kejayaanAsyrafKhalid #datukkhalid #keluargactnurhaliza #anakdidikazizanosman #richworkslahirkanjutawan #titanrichworks #mentorusahawan
#RichWorks #RichworksAcademy #PerjuanganRichworks
#PerjalananRichWorks2021 #UsahawanJutawan #CabaranRichworks2021